Thursday, December 30, 2010

31 december 2010

ada apa ngn tarikh ni???!!!
hehe ni kn tarikh last tok taun ni..waaa!!
okla.. pada tarikh ni muqhayyam akhwat utara akan diadakan...so  sangat-sangat sesuai sy rasa untuk program ini..
buat akhwat-akhwat utara sekalian nantikan pertemuan kita esok~~
engak sabar rasanya tok kanai akhwat semua...ngeeee~~
cite selanjutnye......
ermmmmmm...

to be continue
:)
p/s (selamat taun baru tok semua..eh2 awai muharam x wish la plak kn..erm nevermind...jga diri jage iman tok semua :) ngeeeeeee~~~~)



erm agak lambat sikit menupdate blog kali ni..
ok sebenarnya xde pape yg nk dshare just...mukhayyam tu sangat best..
yang mana kem selama tiga hari itu banyak bagi pelajaran buat diri sendiri dan di samping dapat menyingkap something new disebalik program ini..hrmmmm =)
tidak lupa memang best sangat dapat kenal-kenal dengan akhwat-akhwat dari utaro nih..USM,UITM,UUM,IPG,MATRIK pom ada..n semestinya my UNIMAP sendiri.
so thats all for this moment~ngeeee

now jom we see the nice pic! :)

khusyu' dengar butir bicara pakcik + bagi arahan kat akhwat sume..ohh!!we can do it :)

"dont prevent by using this!!! i will confirm panjat kasut and kaki you all sume!!hahaha" mr. pacat said
start perjalanan daki kaki bukit gunung jerai..wah!!! macam best kn...jom2!!   

kepenatan mula menerjah! hahak
hai!!! im mr pacat, nak kawan ngn saya tak???
alahai sempat2 posing lagi dalam utan naaa!! hehehe
p/s ukhuwah fillah abadan abadaaa..moga ketemu lagi di mukhayyam akan datang..:)

Thursday, December 23, 2010

Malam Pertama di Syurga...

Dari anas r.a pernah berkata,"mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia yakni yang masih hidup? hari yang pertama ialah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri ataupun dengan tangan kanan. sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat."
insha'allah kali ni sy nk share bout buku ni. buku ini salah satu buku yang sy minat dan dalam proses pembacaan...pertama kali tengok tajuk terus terasa tertarik huhu..terasa ingin tahu apakah maksud tersirat disebalik "Malam Pertama di Syurga" 
setelah separuh dibaca alhmdulillah memang x mengecewakan...terlalu banyak info yang ku dapat yang mana sy sendiri tidak mengetahuinya..
"Indahnya Syurga" antara part yang best..terasa benar ingin menikmati alam syurga..alangkah indahnya..subhanallah..bagaimana kehidupan kita di syurga kelak,sungai2 di syurga,mahligai dan istana syurga..pokok taman dan naungan di syurga..bidadari syurga..dan banyak lagi..masya'allah sunguh indah alam syurga yang kekal abadi..

so kalo nk tw lebih detail bacalah buku ni ea insha'allh akn berpuas hati..wallahua'alam..:)

Wednesday, December 22, 2010

penantian berakhir....

pertama ku ingin mengucap syukur..alhmdulillah..mungkin berkah doa mak ku yg selama ini mendoaknku...tima kasih ma..tp..perjalananku masih jauh so ku tidak harus terlalu berpuas hati dgn apa yg ku dpt sekarng cme ia adalah motivasi untuk ku terus bangkit...

satu ku pegang - man jadda wa jada,waman kasala rosiba~yakni siapa yg berusaha pasti akn berjaya...insha'allah...e2lah janji Allah...

SELAMAT BERJUANG UNTUK SEM BARU~





Thursday, December 9, 2010

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi

assalamualaikum..entah kenapa tetiba ari ini ingin sy kongsi sedikit sebanyak tentang fahaman wahabi yang mungkin selama ini menjadi tanda tanya kepada semua dan terlebihnya buat saya sendiri..adakah mereka golongan yg benar or sebaliknya???

seminggu yang lepas sy sempat buka ruangan chatting di i luv islam dan ternyata persoalan ini timbul dan menjadi topik bualan pd saat itu..solan demi solan timbul tetapi ternyata tiada yg dapt mencari jawapannya..apatah lagi saya yang sgt miskin dalam ilmu ini..so sy senyap dan hanya perhati setiap apa yg di bahaskan..huhu

diharap artikel ini dpt membn2 sedikit sebanyak kefahaman kita semua..



PENGENALAN
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.
Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.
Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:
Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.
Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP
Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.
‘Memberi dan Berbakti’
Sekian. Wallahualam.

Thursday, December 2, 2010

Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran)


Banyak orang Islam yang mengambil teori2 orang non Islam untuk mengatasi stres, padahal Islam sudah memberikan solusi TERBAIK untuk menghindari dan ‘mengatasi’ (me-manage) stres. Ditengarai, kurangnya pemahaman ttg Islam, yg mengakibatkan mereka mengambil cara non Islam untuk mengatasi masalah yg mereka hadapi.
Ada yg mendefinisikan GF = sebuah gerakan yg dilakukan oleh kaum kuffar (orang kafir, orang di luar Islam) sebagai upaya untuk menyerang Islam dengan menghancurkan pikiran umat. Tindakan-tindakan yg dilakukan berupa:
- Tasywih = memalsukan ajaran Islam
- Tadhlil = menyesatkan umat Islam
- Tasykik = menebarkan keraguan terhadap ajaran Islam
Ketiga tindakan ini dilakukan tidak lain untuk memadamkan cahaya agama Islam.

Beberapa tindakan nyata yg telah mereka lakukan dan propagandakan:
- Tidak mahu merapkan syariat silam
, dg berbagai alasan. Semestinya mereka membaca dulu apa itu syariat Islam.
- Al-Quran=Kitab porno

- Jilbab = budaya Arab

Jika kita perhatikan, kemunduran umat Islam terjadi karena faktor-faktor berikut:
- Pertentangan politik. Gontok2an sesama pemimpin Islam mengakibatkan politik diambil alih/dikuasai oleh non Islam. Ujung2nya, umat Islam menderita (lagi).
- Pertentangan mazhab akibat fanatisme (berlebihan), kebodohan (pengikut) dan hawa nafsu (pemimpin2nya).
- Pengaruh agama2 terdahulu. Sebagai contoh, umat Islam di Indonesia begitu kental ‘warnanya’ (dalam cara beribadah) akibat pengaruh Hindu.
- Serangan asing (non muslim), berupa gerakan militer dan perlawanan pemikiran.

GF dilakukan oleh orang2 kafir dengan tujuan:
- menghambat kemajuan umat Islam. Umat Islam cukup jadi pengekor barat…jangan sampai jadi pemimpin (dunia).
- menjauhkan umat Islam dari Al Qur’an dan As Sunnah.
- mengeluarkan umat Islam dari ajaran Islam (yg telah dipelajarinya).
- (upaya terakhir adalah) membuat murtad kaum Islam (umat Islam keluar dari agama Islam).


Fenomena terbaru GF adalah:
1. Pemalsuan Islam, dilakukan dg cara:
- memalsukan Al- quran

- memalsukan As Sunnah (termasuk di dalamnya hadits2)
- memalsukan pribadi Rasululloh SAW (termasuk dg menghina, melecehkan, membuat karikatur rasulullah)

- memalsukan sejarah Islam (dg mengabaikan ilmuwan2 Islam atau mengaburkan fakta2)
- memalsukan sistem kehidupan Islam (tidak mementingkan syariat Islam)
2. Pembaratan Islam (mengajak kaum Muslim bergaya hidup seperti orang barat)
- penetapan dan perubahan kurikulum pendidikan
- penyebaran kehidupan sosial ala barat

Sendi-sendi yang menjadi akar GF:
- Zionisme
- Kristenisasi
- Kolonialisme (bekerjasama dg zionisme, kristenisasi, orientalisme)

GF menggunakan beberapa sarana berikut sebagai upaya untuk menyebarluaskan paham mereka:
- Pendidikan
- Sosial
- Media cetak dan elektronik
- Pusat kebudayaan
- (masih banyak lagi sarana2 lain)

GF juga menggunakan:
- Demokrasi
- Komunisme + sosialisme
- Nasionalisme
- Kesetaraan gender
sebagai tameng dan isu untuk menjatuhkan ajaran Islam.

Bagaimana cara menangkal GF? Banyak cara untuk menangkal dan ‘memukul balik’ GF ini, diantaranya:
1. Mencari alternatif pendidikan, pemikiran, ekonomi, dst, yg sesuai dg ajaran Islam
2. Memberi pengetahuan ttg GF, sehingga umat Islam tidak terkecoh
3. Para penulis Muslim perlu melakukan counter (serangan balik) terhadap tulisan2 yg menyerang Islam. Salah satu penulis yg cukup getol melakukan counter adalah
Adian Husaini, beberapa artikelnya pernah aku muat di sini.
4. Mengingatkan lembaga pendidikan + lembaga dakwah Islam agar mewaspadai terhadap pemikiran yg sesat
5. (bagi yg merasa ilmunya tidak cukup memadai) Menjauhi pengaruh GF. Bagi yg ilmunya dirasa mumpuni, justru HARUS banyak mengenal GF, agar bisa melakukan counter (lihat poin 3).

Umat Islam sendiri hendaknya:
1. Hanya mengerjakan yg bermanfaat (dunia-akhirat)
2. Mencuba kembali kepada ALLAH SWT (apabila tertimpa musibah, dst)
3. Jangan minder. Yakinlah bahwa kita setara dg orang2 barat…tapi tentunya tidak sekadar ucapan belaka
4. Jika ada musibah, jangan cari kambing hitam…tapi hendaklah berserah pada ALLAH SWT. Pandang optimis ke masa depan, jangan terpaku ke masa lalu.


Sedarkah kita bahawa ghazwul fikr ini sgt2 berjaya menakluk umat islam masa kini..
Oleh itu, dimana kesedaran kita dan yang penting kita harus kuat menentang  ghazwul fikr yg dilakukan oleh yahudi laknatullah..ALLAHU AKBAR 3X!!!

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..


semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah rasulNya dan dapat mengubati segala penyakit2 hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya” Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghaampirkan diri kepada Allah...
Sahabatku Harapanku..
Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman isla yang sebenar melainkan hanya segelintir manusia sahaja. semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman..Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita..Segala Puji bge Allah!
Sahabatku Sayangku
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakn oleh islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menngunakan mereka untuk  meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan pemuda-pemuda tetapi bagaimana keadaan mereka? sebahagian besar pemuda-pemuda hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwat. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..
sahabatku..
ak sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lbih lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk maencapai keredhaan Allah..
Jadilah “belaja” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah, semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan islam..
Sahabatku..
Semoga kita tidak banyak berbgaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..
Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang2 soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..
Sahabatku..
Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderitaa. Pengalaman ini juga sebagai Dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..
Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “mahabatullah” : “orang yang melihat dirinya serba kurang dan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..
Sahabatku..
Rasanya cukup dulu buat kali ini...
Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allhah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang memperbaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia.... 

Wednesday, November 10, 2010

LA TAHZAN...innallah'maa'na..jangan bersedih usah berduka ingatlah sentiasa Allah bersamamu tiap ketika..



1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.


Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :


Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-Nya.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu (Muhammad) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )


Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah : Ayat 59 )


Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .


Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )


Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.


Redha Dengan Qada' :


Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.


Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".


Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan di dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)


Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim ) 

Friday, November 5, 2010

siapa kita???





Malu sendiri apabila saya membaca article ini . Article ini sy dpt dr blog seorang sahabat sewaktu mencari input berkaitan "tujuan hidup kita di muka bumi ini" . Mudah2han apa yg saya kongsi disini sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya dan dapat memberi manfaat pada semua. insyaAllah. 

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” ( QS. Al-Baqarah 30 ) 

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH? 

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(QS : An-Noor-55) 

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN? 

”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (QS : Adz-Dzaariyat 56) 

” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (QS: Al-Mukminun 115-116) 

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU? 

“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (QS: Al-An’am) 

5. APAKAH ITU KEBENARAN?

 “Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”  (QS; Luqman 30) 

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?

 Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) hijab (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan hijab (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (QS; Yaasin 9 ) 

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA? 

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yaitu mereka yang khusyuk dalam shalatnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (QS : Al-mukminun 102 )

Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (QS : Al-Ahzab 71) 

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (QS :Al-Baqarah) 

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?

—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.) 
“Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (QS : al-Mukminun 2) 

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.

 “Dan kamu tidak dapat menentukan kemauan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (QS :At-Taqwir 29) 

” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS :Al-Baqarah 216) 

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.  

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.(QS :Ar-Rad 28) 

” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yg Menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36) 

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT

Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. (QS ; Al- Mukminun 71) 

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS: At-taubah 42) 

13. AKU MEMPUNYAI MISI BAHWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPY’ DAN MENYUSAHKAN.

 “Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (QS : Thahaa 2-3) 

“Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman”(QS :Al-Isra’ 82) 

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?  

. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”(QS : Ali-Imran 139) 

Wednesday, November 3, 2010

sukarelawan bbsm tok mangsa banjir...

inshaallah malam ni sy ngn beberapa org rakan akn jadi sukarela tok ban2 mangsa2 banjir di perlis yg mana kta ketahui agak kritikal ...moga2 pertolongan yang akn kmi lakukan dpat meringankn sdikit beban mangsa2 banjir..
inshaallah..Ya Allah permudahkn kerja2 kami...ameeennn

Sunday, October 31, 2010

kelebihan membaca Al-Mathurat

Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Saturday, October 30, 2010

puisi( lelaki idaman muslimah)


Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin,Bosnia,Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu


Bisu dari pujuk rayu yang bisa
menggoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa
meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa
mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang
dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
Dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliq nya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di bumi

Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa dalam memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah..

Kelebihan solat dhuha




Kelebihan Solat Dhuha


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).