Wednesday, March 30, 2011

again...PERLIS dilanda banjir???

alkisahnya bermula dari mingggu ini yang sekejap hujan sekejap benti..n alkisahnya lagi dua hari ni hujan turun tak henti2 hingga menyebabkan Perlis sekali lagi dalam keadaan kritis. Info terkini seramai 416 rakyat perlis telah dipindahkan ke beberapa pusat permindahan...dan dijangkakan juga mungkin bilangan ini akan bertambah.

Setelah kejadian banjir besar yang berlaku sem lepas ingat Perlis dah aman dari banjir..tetapi Allah itu maha berkuasa. jika Dia berkata 'kun fayakun' jadi! maka jadilah...

Berkuasanya Dia tiada tandingan..sedarkah kita mungkin ini teguran kali kedua dari Allah untuk rakyat Perlis sebenarnya yang mana boleh jadi kita tersangat leka dengan duniawi sekarang sehingga melupakan adab2 yang perlu kita jaga di atas muka bumi yang diberi pinjam ini..adakah ini juga suatu bentuk bala yg ingin Dia sampaikan???

Persoalannya kenapa Allah swt menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah swt.


Kita amat berharap agar bala yang ditimpakan tidak berulang lagi dari semasa ke semasa. Hakikatnya ramai manusia yang tidak langsung mengambil Iktibar dari peristiwa bala tersebut. Sebahagian manusia masih meneruskan aktiviti keseronokan dunia mereka tanpa memikirkan persoalan hidup dan mati, dosa dan pahala, syurga mahupun neraka. Mungkin mereka ini hanya akan sedar apabila di soal oleh para malaikat di alam kubur tentang amalan silam yang mereka lakukan semasa masih hidup di dunia. huhu...tenatnya dunia sekarang..

contoh bala Allah yang pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:


"….Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi….".



15 PERKARA MENGUNDANG BALA ALLAH


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.     Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.     Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak derhaka terhadap ibunya,
6.     Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.     Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.     Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.   Para artis-artis disanjung-sanjung
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).



ps: moga manusia sekarang akan lebih berfikir dengan teguran Allah ini.~.muhasabah bersama~
ps2: insha'allah malam nanti ada solat hajat untuk tolak bala' selepas kuliyah maghrib ustaz nazim..
sumber: http://reformismuda.blogspot.com

ketentuanNya

subhanallah..di saat ini tercalit rasa jelous, cemburu kepada muslimat yang mana mungkin telah ditentukan oleh Allah swt. jodoh mereka pada usia awal. sy baru sahaja terbaca satu blog yang mana muslimt ni teah berkahwin dengan zaujannya ketika dalm usianya yg boleh dikatakan mentah......20 tahun. mentah di sini maksud sy dia sendiri mengatakan bahawa tidak bersedia untuk ke alam itu dan rasa sangat tertekan dengan ketentuan Allah. tapi sesungguhnya dengan izin Allah akhirnya mereka disatukan juga.

apa yang menarik dan tertarik yang membuat hati ini rasa kagum akan dirinya ialah..perkahwinan yang dilalui tanpa sekelumit rasa cinta pada awlnya tetapi semakin bercambah dan bercambah dari hari ke hari. sesungguhnya pasangan yang paling menyintai Allah akan paling mendalam cintanya pada pasangannya..subhanallah..indahnya cinta yang disulami tanpa sekelumit dosa dan maksiat.

matlamat ku buat masa 'leni'




matlamat untuk masa 'hadapan'
ngee~



ps: sekarng da 22..erm bila agak2 jodoh akn datang? ngeeeee    
ps2: akan ku realisasikn dahulu harapan ibuku untuk melihat ak berjaya seblom menempuh alam yg lebih besar...yakni PERKAHWINAN.
ps3: jodoh ajal maut hanya DIA yg lebih mengetahui...

Adab-Adab Doa Dan Sebab-Sebab Doa Diperkenankan

        
      01.Ikhlas   

02.Dimulakan dengan memuji allah kemudian diikuti dengan salawat ke atas nabi saw dan mengakhiri doa dengannya juga.


03. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh allah.



04.Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.



05.Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal kepda perkara lain)



06.Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah.



07.Tidak meminta kecuali kepada allah yang maha esa.



08.Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak, atau ke atas diri sendiri.



09.Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak.



10.Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan allah tersebut.



11.Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah)



12.Bersifat merendah diri, khusyu’, mengharap dan gerun terhadap allah.



13.Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat.



14.Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali
.
15.Mengadap kiblat.



16.Mengangkat dua tangan ketika berdoa.



17.Berwudhu’ sekiranya mudah berbuat demikian.



18.Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar allah perkenankan)



19.Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.



20.Bertawassul dengan nama-nama allah (asma ul-husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dialkukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang masih hidup.



21.Memastikan makanan, minuman dan pakain dari sumber yang halal.



22.Melaksanakan peranan amar ma’ruf dan nahi munkar.



23.Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat, zahir dan batin.






WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA



01. Malam Lailatul Qadar



02. Bahagian malam yang terakhir.



03. Selepas solat lima waktu



04. Masa waktu azan dan iqamah



05. Satu waktu setiap malam



06. Ketika azan untuk solat



07. Ketika hujan turun



08. Ketika mempersiapkan barisan untuk jihad fisabilillah



09. Satu waktu di hari Jumaat, pendapat yang paling tepat ialah di akhir waktu asar pada hari Jumaat atau ketika khutbah dan solat Jumaat



10. Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik



11. Ketika sujud



12. Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang makthur



13. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa



14. Ketika berdoa 



15. Doa manusia di sisi orang yang seedang nazaak



16. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir



17. Ketika berdoa dengan menyebut nama Allah Yang Maha Agong 



18. Doa seseorang terhadap saudaranya yang tiada disisinya.(ghaib)



19. Doa pada hari Arafah diarafah



20. Doa sepanjang bulan Ramadhan



21. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis zikir.



22. Doa ketika ditimpa musibah



23. Doa yang penuh dengan pertautan hati dengan Allah dan dengan penuh keikhlasan



24. Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya.



25. Doa ayah untuk anak atau doa anak untuk ayahnya.



26. Doa orang yang sedang musafir



27. Doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka



28. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka



29. Doa orang yang terdesak atau terpaksa



30. Doa pemimpin yang adil



31. Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya.



32. Doa ketika berwudhu’ dengan doa yang makthur mengenainya.



33. Doa selepas melontar jumrah as-Sughra



34. Doa selepas melontar jumrah al-Wustha



35. Doa ketika berada dalam kaabah



36. Doa ketika berada di Safa



37. Doa ketika berada di Marwah



38. Doa ketika berada di Mashh’aril Haram.





sumber: al-azim.com/~beringin/agama/adabdoa.htm










Monday, March 28, 2011

Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan


Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****


sumber: best kata2 nih atpi lupa ambil kat mana...huhu

Sunday, March 27, 2011

** Kisah Cinta Sayyidina Ali dgn Sayyidah Fatimah Azzahra **


Ada rahsia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam. Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.


‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar kabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.


”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.


Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.


Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.


’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.


Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.Lamaran Abu Bakr ditolak. Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.


’Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. ’Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”


Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Lalu coba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam. Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!” ’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak. Dan ’Ali ridha.



Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan. Maka ’Ali bingung ketika kabar itu meruyak. Lamaran ’Umar juga ditolak.

Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti ’Utsman sang miliarderkah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?”Mengapa bukan engkau yang mencoba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencoba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ””Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!””Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?””Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”’Ali pun menghadap Sang Nabi. Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya. Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu resiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?””Entahlah..””Apa maksudmu?””Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya !”Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.


’Ali adalah gentleman sejati. Tidak heran kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.


Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?”Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”


Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut.”



Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.” (kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab4).


cinta berlandaskan syariat 

ps: Ya Allah jika ak jatuh cinta,cintakanlah ak pada seseorang yang melabuhkan cintanya 
padaMu...ameeennn
sumber: from fb

Saturday, March 26, 2011

Bangkitlah

syukur kehadrat Allah swt.
betapa aku menyedari kesilapan aku selama ini..
betapa ak khilaf dalam membuat penilaian dalam kehidupan selama ini..
betapa ak sering salah dalam anggapan aku..
betapa ak jahil tanpa ilmu Mu..

dan betapa ak kerdil sebenarnya dihadapanMu...
itulah ungkpan ingin ku luahkan..dan alhamdulillah program semalam banyak mengubah perspektif ak..moga selepas ini ak akan trus bersangaka baik terutama terhadap kemampuan diriku sendiri. jika sebelom ni ku rasa lemah,tidak yakin, dan mungkin terlebih tawadduk dengan apa yang sepatutnya tidak harus berlaku..

tetapi alhamdulillah hirobbil alamin..inni akhofullah..ya sungguh ak takut padaMu Allah sekiraya ak tidak laksanakan bakal amanah yang diberi, dan yang telah diamanahkan sekarg tidak ak pikul sebaiknya..walau apepom akanku cuba sebaik mungkin kerana telah masa untuk ak terus bangun dan itulah sepatutnya berlaku..insha'allah..:)

sungguh ku cinta jalan yg ku pilih sekarg dan akn ak cuba manfaatknnya untuk diriku sendiri bahkan insha'allah untuk org lain juga


ps: sesungguhnya jalan dakwah ini akan dipermudah andai kita yakin akn diriNya yang selalu akn menolong kita..insha'allah

Friday, March 25, 2011

CINTAILAH ILAHI


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

 


Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com