Friday, December 23, 2011

Ya Allah ku mohon kesabaran atas ujianmu ini..

Alhamdulillah dengan Nikmat yang tidak terhitung….

Tuhanku Ku yakin Engkau tidak akan menguji diri ini melainkan engkau yakin aku boleh tempuhinya…
Bagiku ini bukanlah ujian yang paling besar yang penah kau timpakan.. ujian lain bagiku itu lebih mencabar dan agak menyakitkan untuk aku tempuh..tapi Alhamdulillah…engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu itu…
Ku akan bertanggungjawab atas masalah kewangan adik2ku..even ak terpaksa berlapar ku sanggup asalkan adik2 kesayanganku tidak seperti ku…

Buat adikku jgnlah kamu mengeluh atas ujian ini..sungguh semua ini ada sebab Allah hadirkan pada family kita.

Ku harap dengan ujian ini, aku akan jadi lebih matang, berjimat cermat, dan paling penting kesabaran dalam menahan nafsu untuk berkeinginan kepada apa yang ku inginkan yang mana tidak ku mampu  dapat sekarang..(yg pasti yg ni ak tewas-dpt beli beg kegemaran..^^)

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN
ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya ( Al-Imran ayat 1 -6).

Buat pembaca sekalian, entry ini bukanlah untuk menagih simpati atau menyentuh hati sesiapa tapi untuk sekadar berkongsi sambil memperingati dengan pengalaman hidup ana sekarang bahawa setiap apa yang Allah bagi itu ada asbabnya dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Sungguh Dia tidak bagi apa yang kita mahu tetapi Dia bagi apa yang kita perlu..Subhanallah




Ps: siha,adik dan diriku sendiri jgn pernah mengeluh..Yakinlah akan bantuan Dia, yang mana mungkin akan datang tanpa kita sedari..
Ps2: hangpa blaja rajin2 na..ingatlah pengorbanan ma ngan cek kita..^^. Nant bape tahun lage kita semua akn grad  n bolehlah bantu parents kita pulak..Amennn..

Friday, December 9, 2011

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

Kepentingan Al-Mathurat

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

ps: selamat beramal~~:) 

Monday, December 5, 2011

Renungan Bersama..

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....






Cuaca di Perlis sekarang ni memang tidak menentu..kekadang hujan,kekadang panas,kekadang mendung..dan alhamdulillah hari ini Perlis mendung.






Biar apa pun keadaan cuaca yang mendatang nak tak nak kita kena teruskan kehidupan kita, so sama-samalah berdoa moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang sihat untuk kita meneruskan kehidupan kita atas muka bumi ini sebagai seorang hamaba Allah...ameennn.






Jom baca story kat bawah ada something ana nak share dengan pembaca sekalian..^^






-----------------------------------------------------------------------------------------------------






Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya beberapa soalan kepada anak muridnya:






Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid- muridnya menjawab, “Orang tua, guru, kawan ,dan sahabatnya“.


Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab, sesuai dengan janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


[Ali Imran : 185]






Kedua,”Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab, “Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.


Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.






Ketiga, “Apa yang paling besar di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab, “Gunung, bumi dan matahari”.


Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “hawa-nafsu” [Al-A'raaf :179]. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.






Keempat, “Apa yang paling berat di dunia ini?”


Ada yang menjawab, “Besi dan gajah…”


Semua jawaban adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” [Al-Ahzab : 72] Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah [pemimpin] di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.






Kelima, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”


Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu dan daun-daunan”.


“Semua itu benar”, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan sholat”. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermasyarakat, kita meninggalkan sholat.






Keenam, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”.


“Benar”, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia“. Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


So ape pengajaran yang pembaca dapat dari story ni??? Hmmmm tepuk dada tanya diri sendiri k...^^


Selepas tragedi liqo' dengan akhwat2 semalam, suatu perkara telah menjentik hati ana dan ana terasa amat takut dengan sentuhan itu. benda yang telah membuat ana terkesima dan takut ialah perkataan yang KEEMPAT yang mana ana BOLDKAN perkataan itu.


Ya AMANAH...benda yang sangat senang untuk disebut tapi belum pasti untuk melaksanakan sebaiknya..


AMANAH sebagai menjadi seorang anak harapan keluarga


AMANAH sebagai kakak dan adik untuk saling membimbing dan saling mengingati


AMANAH dalam belajar dan.....


AMANAH dalam semua perkara


dan apa yang lebih penting ialah


AMANAH ALLAH YANG PERLU KITA PEGANG....


tanggungjawab,takut bercampur jadi satu. Sungguh amanah yang diberi itu bukan perkara yang perlu kita ambil tidak endah. tapi yakinlah setiap amanah yang diberi itu adalah kerana kita mampu untuk laksanakannya. maka yakinlah dengan Kalam Allah yang mana Dia takkan menguji seseorang itu diluar kemampuannya...


Ps: Ya Allah ikatlah hatiku dengan kekuatan iman,ukhuwah,tarbiyah..moga ku terus tabah dalam mendepani setiap liku2 yang bakal ku tepuh di hadapanku nanti..ameen..