Thursday, March 15, 2012

BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS

Salam ukhuwwah..

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. Subhanallah!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

ps: Ingatlah Allah menyayangimu oleh sebab itu Dia menguji dirimu..

Tuesday, March 13, 2012

Mata Ini Ingin Selalu Memandangmu

Mata ini ingin selalu memandangmu….
Tapi tak ku teruskan…
Bimbang akan mencium bau zina….
Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu…
Lalu aku tinggalkan semuanya….
Tak ku zahirkan didepanmu….
Cukup hanya ALLAH saja yang tahu…
Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu….
Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu…
Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu….
Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan…
Tapi aku tak terus melompat girang….
Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan….
Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan…
Bimbang dihati kian mengembang….
Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan….
Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman…
Tiap masa doa kurafakkan…
Moga DIA membuka pintu hatimu….
Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku…
Kerana cintaNYA aku mengenalimu…
Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu…
Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu…
Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala….
Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA…
Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA…
Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA…
Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH…
Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga…
Bukan menjemput air timah dari neraka…
Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala…
Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…