Monday, November 28, 2011

Apabila hati terusik dengan Cinta selainNya...itu Fitrah...

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.




Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.




"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.




"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"




"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."




"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"




"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".




"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"




************************




Dilema?




Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?




ATAU




Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?




ATAU




Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?




**********************




Apa pilihannya? Keliru?




Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.




Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.




Apa yang penting?




Kesucian jiwa.




"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)




Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.




Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.




Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.




***********************




Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.


Totally from : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3907-apabila-meminati-seseorang.html




Monday, November 21, 2011

Terima Kasih Ya Allah...

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung..

Mungkin inilah hikmahnya atas kesabaran yang ku pertaruhkan selama ini. terima Allah!!! :)

i luv my rumate...terima kasih berikanku keceriaan..setelah satu sem bersendirian(tinggal sebilik sorang2 :(... akhirnya Kau kurniakan ku sejumlah rumate yang sangat menenangkan..alhamdulillah..)

walaupun kadang2 kita sama gila2 tetapi tetap ada batasnya...


ps: luv my housemate juga...:)

Sunday, November 20, 2011

Lelaki Idaman Saya

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …

sungguh jika ini dia idaman ku, maka ku harus untuk terus perbaiki diri untuk menjadi sepertinya..

firman Allah telah menyebutnya dalam An-Nur:26
(perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik)



Thursday, November 3, 2011

Dah lama nak post benda ni sebenarnya...:)

Assalamualaikum..

Pengakuan diri.....

Dengan beribu kemaafan buat ex-friend kaum adam at fb.
buat kenalan facebook( untuk kaum adam only) yang ana tak kenal and remove friend pohon maaf dipinta...
bukan saje-saje ana remove tetapi ada sebabnya...

antara sebab-sebabnya.....

1. sebab kita x kenal..


2.


3.









4. memang kita x kenal kan....:p





5.......................................











6. BIARLAH RAHSIA......:)


ps: moga Allah merahmati sepanjang perkenalan kita dahulu kala..       Peace!!! :)



keep it secret ok. just only Allah and me knows...

Wednesday, November 2, 2011

Dia buah hatiku....

I always miss him...

never forget for him...

always prays for him...
to become strong and more strong to face the challenge world...

dialah pengubat di kala sunyi...

buah hatiku, ma, cek, his ummi and semualah...

gelagatnya yang hiper aktif kadang2 membuatkanku 'hot' tapi ku ada cara atasi dirinya..:)

ku berdoa dan mohon padamu Robbb..

semoga dia menjadi anak yang soleh yang bisa menjadi seorang khalifah untuk umat akhir zaman ini..

semoga dirinya kuat hadapai liku-liku hidup ini dengan tabah tanpa abinya disisi..

ini ujian buatnya....

dikala kawan-kawanya bermanja dengan abi masing-masing tapi asing baginya perkataan itu..perasaan itu...oh kuatlah sayang...

walaupun dikau tidak mengerti kini tapi pasti kau akan mengerti suatu hari nanit..dan bila tiba saat itu ku harap dikau tidak akan berkecil hati dengan qada' dan qadar Allah..yakinlah Dia ingin mengurniakan abi yang lebih baik untukmu...

buatmu sayang..ingatlah kami sentiasa menyanyangi dirimu kerana engakaulah buah hati kami..

tunggu kepulanganku...nanti kita tengok ipin upin sama-sama and blaja ABC ALIF BA TA sama-sama k...
love u MUHAMMAD FARIS HAIKAL!