Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Salam Imtihan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung...


Salam imtihan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sedang menghadapi final exam untuk last sem di Unimap.



Sahabat-sahabat sekalian, jangan kita persiakan masa dan peluang yang ALLAH berikan. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa masa itu emas. Imam Ghazali ada berkata kepada anak muridnya. Dia berkata kepada anak-anak muridnya, apakah yang paling jauh dari kita..? Anak-anak muridnya ada yang menjawab, bulan, bintang, matahari, angkasa dan lain-lain. Imam Ghazali berkata pada anak-anak muridnya, bahawa semua yang dijawab oleh mereka itu adalah benar. Namun, Imam Ghazali memberi jawapan yang paling tepat. Masa adalah suatu yang sangat jauh. Walau sehebat mana kita, profesor, angkasawan, perdana menteri mahupun raja, kita tetap tidak boleh mendapatkan masa kembali. Kerana masa yang berlalu tidak akan kembali.



Bittawfiq wannajah fil imtihan ..
Semoga Allah mempermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan ..
Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang ..

"O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will."
"O Allah! I ask You for the understanding of the prophets and the memory of  the messengers, and those nearest to You."
"O Allah! Make my tongue full of Your remembrance, and my heart with consciousness of You."
"O Allah! You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid."



 
To achieve great things, We must not only act,
But also dream, Not only plan but also believe,
Best wishes for your exam.





Sahabat-sahabat,
Berusahalah sehabis baik dan ingatlah, bahawa nilaian ALLAH bukan pada hasil, tetapi pada usaha.. 
Moga juga nanti kita akan jumpa lagi di majlis gilang gemilang Konvokesyen kita... Insha'allah....:)

Friday, June 8, 2012

Layanan istimewamu, buatku terharu...

Dari belakang tanpa pengetahuanmu, aku perhatikan segenap susuk tubuh badanmu. Sedih tak tergambar di hati ini. Kelihatan tulang-tulang yang jelas kelihatan di bahumu dan begitu juga bentuk pinggulmu yang sangat jauh bezanya dari dulu..terdetik di benakku Ya Allah kurusnya insan kesayanganku ini berbanding beberapa bulan yang lalu...:(




Begitulah keaadaannya setelah berbulan-bulan mengalami sakit yang tidak pernah kenal erti sembuh. Tapi semangat dan ketabahanmu menyembunyikan semua penderitaan itu. Ku sangka dikau bahagia disana rupanya........sakit yang kau sembunyikan dengan gelak tawamu bila berbual denganku..kasihmu padaku supaya aku tidak mengetahui penderitaanmu...Allah...T_T

Ketabahanmu menjaga suamimu yang sudah ‘ilang keupayaan ingatan’ adalah cabaran yang sangat besar terpaksa engkau harungi..aku harap moga dirimu sentiasa tabah dalam mentaatinya walaupom sebegitu rupa ujiannya.. dan sungguh engkaulah buah hatiku yang sentiasa kuat!.. J

Apa yang tidak dapat aku lupakan ialah layananmu buatku....terkadang membuatkan diri ini tidak layak untuk mendapat kebahgiaan lain sebelum aku bahgiakan dirimu...

Ya Allah kau berilah kesembuhan kepadanya..ingin sekali ku lihat dirinya seperti dulu kala yang sangat ‘mantap’ orangnya..

Yaaa......

Begitulah setiap kali bila ku berada disisimu..layanan yang mungkin orang lain tak pernah dapat or mungkin juga mereka sama sepertiku..untuk itu akan ku kenang sampai bila-bila..
Ya Allah ku berdoa dan berharap moga suatu hari nanti aku diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua-insan yang aku kasihi dunia akhirat...buatmu  yang tersayang aku sangat mencintaimu...

Maaaaaa......oghe saye ma sangat-sangat...do you that???

Yes i know you know coz i always wish you that word....:)



Ps: Ya Allah kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku...dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semenjak aku kecil lagi...ameeennnn roobbb....

Tuesday, June 5, 2012

Dilema Cinta Ilahi...

Cinta…satu ungkapan yang sangat manis diperkatakan di saat-saat remaja mulai menjengah dihati. Begitulah cinta yang pernah dihulurkan kau suatu tika dahulu sehingga aku sedar bahawa cinta yang telah kita ditaburi melebihi cintaku padaNya..astagfirullahalazim…

Dalam diam aku mengagumi sikap berterus terang yang ada pada kau..tapi apakan daya.. sikap terlalu berterus terang kau itu sangat menyakitkan hati. Tidak aku sangka kau sanggup mengakui dirimu selalu alpa akan perintahNya. Luluh hati ini ini mengetahui tentang itu, kerana bukan itu yang aku inginkan dari sesorang yang bakal mengimamiku kelak.

Dek kerana kau merasa diri tidak layak untuk aku, maka dengan tidak ku duga kau telah pergi dengan membisu seribu bahasa.  Ye, memang..aku kesali dengan apa yang telah kau luahkan padaku tetapi cara kau meninggalkan aku dan cara kau pergi amat drastik dan sukar untuk aku terima. Aku PASRAH….mungkin ini takdirNya…aku berdoa moga dengan perpisahan yang  tidak aku duga ini akan memberi seribu erti dalam hidup kau dan aku..dan aku juga berdoa moga kau berubah suatu hari nanti..bukan kerana aku..tetapi kerana Allah..kerana aku tahu setiap yang bersalah itu jika ia benar2 bertaubat maka Allah ampunkan dosanya..
Selama lebih enam bulan aku tidak dengar khabar berita dari kau dan dalam masa sama aku sudah mampu melupakan kau. Kerana  ini adalah takdirnya…

Alhamdulillah..di saat hati terluka dek rasa cinta kepada manusia yang tidak berbalas,  aku mendapat cinta baru..iaitu cintaNya..betapa manisnya dan sucinya cinta yang aku rasai saat itu. Dalam sedar aku terasa sangat berdosa atas cinta yang aku pernah semai bersama kau selama ini, kerana cinta aku melebihi cinta padaNya…walaupum aku tahu cinta itu fitrah….alhamdulillah aku tenang bersama cinta yang aku telah jumpai sekarang..



SAAT KU GAPAI CINTA-MU, hati  ini sungguh tenang…alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah memilih hati ini untuk merasai kemanisan cinta bersamaMu..

Setelah lebih enam bulan kau menghilang aku semakin dekat dengan CINTA baruku dan cinta itu telah bagiku kebahgiaan yang aku cari selama ini. TETAPI tidak aku duga, pada saat itu kau hadir semula untuk menagih cinta dariku.

Saat panggilan yang tidak aku kenali numbernya tetapi terasa semacam pernah melihatnya suatu masa dahulu, tidak aku layan sama sekali…sehinggalah pemilik number itu menghatar mesej yang berbunyi ‘ please angkat saya nak cakap something dengan awak’. Hanya Allah sahaja yang tahu degupan jantungku saat itu, kerana aku tahu itu adalah KAU…..

Berkali2 aku katakan tidak akan kembali seperti  dahulu..hubungan kita tidak akan sesekali  akan kembali seperti dulu…biarlah andai jodoh Allah telah tetapkan kita untuk bersama Insha’allah suatu hari nanti kita tetap akan bersama…itulah janjiku buat diriku sendiri..

Kehadiran kau kali ini menyatakan asbab kehilanganmu dulu..
Terima kasih kerana akhirnya aku dapat tahu kenapa kau bertindak sedemikian rupa dahulu….
Dan Alhamdulillah…aku sedikit terharu atas asbab yang kau berikan dan aku berharap dan berdoa moga Allah kuatkan imanmu dalam penghijrahan yang telah Kau lakukan..dan aku harap perubahan yang kau lakukan bukan kerana aku tetapi biarlah kerana Allah seperti yang pernah aku katakan dahulu..

Sekarang….insha’allah kita telah sama2 berubah ke arah yang lebih baik dan aku harap kau memahami pendirian yang aku pegang kerana aku tahu kau pernah mengenali sikap aku dahulu dan aku akan tetap dengan pendirian aku…dan terima kasih atas pemahamanmu dengan pendirianku..

Untuk Kau Hamba Allah yang pernah bertahta di hati ini..

Jika benar aku adalah tulang rusukmu yang Allah ciptakan..maka suatu hari nanti kita tetap akan bersama dengan ikatan yang sah..tetapi seandainya ia tidak, maka terimalah ia dengan hati yang tenang kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untu kau dan aku….wallahua’lam…



Monday, December 5, 2011

Renungan Bersama..

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....






Cuaca di Perlis sekarang ni memang tidak menentu..kekadang hujan,kekadang panas,kekadang mendung..dan alhamdulillah hari ini Perlis mendung.






Biar apa pun keadaan cuaca yang mendatang nak tak nak kita kena teruskan kehidupan kita, so sama-samalah berdoa moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang sihat untuk kita meneruskan kehidupan kita atas muka bumi ini sebagai seorang hamaba Allah...ameennn.






Jom baca story kat bawah ada something ana nak share dengan pembaca sekalian..^^






-----------------------------------------------------------------------------------------------------






Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya beberapa soalan kepada anak muridnya:






Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid- muridnya menjawab, “Orang tua, guru, kawan ,dan sahabatnya“.


Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab, sesuai dengan janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


[Ali Imran : 185]






Kedua,”Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab, “Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.


Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.






Ketiga, “Apa yang paling besar di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab, “Gunung, bumi dan matahari”.


Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “hawa-nafsu” [Al-A'raaf :179]. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.






Keempat, “Apa yang paling berat di dunia ini?”


Ada yang menjawab, “Besi dan gajah…”


Semua jawaban adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” [Al-Ahzab : 72] Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah [pemimpin] di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.






Kelima, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”


Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu dan daun-daunan”.


“Semua itu benar”, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan sholat”. Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermasyarakat, kita meninggalkan sholat.






Keenam, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”.


“Benar”, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia“. Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


So ape pengajaran yang pembaca dapat dari story ni??? Hmmmm tepuk dada tanya diri sendiri k...^^


Selepas tragedi liqo' dengan akhwat2 semalam, suatu perkara telah menjentik hati ana dan ana terasa amat takut dengan sentuhan itu. benda yang telah membuat ana terkesima dan takut ialah perkataan yang KEEMPAT yang mana ana BOLDKAN perkataan itu.


Ya AMANAH...benda yang sangat senang untuk disebut tapi belum pasti untuk melaksanakan sebaiknya..


AMANAH sebagai menjadi seorang anak harapan keluarga


AMANAH sebagai kakak dan adik untuk saling membimbing dan saling mengingati


AMANAH dalam belajar dan.....


AMANAH dalam semua perkara


dan apa yang lebih penting ialah


AMANAH ALLAH YANG PERLU KITA PEGANG....


tanggungjawab,takut bercampur jadi satu. Sungguh amanah yang diberi itu bukan perkara yang perlu kita ambil tidak endah. tapi yakinlah setiap amanah yang diberi itu adalah kerana kita mampu untuk laksanakannya. maka yakinlah dengan Kalam Allah yang mana Dia takkan menguji seseorang itu diluar kemampuannya...


Ps: Ya Allah ikatlah hatiku dengan kekuatan iman,ukhuwah,tarbiyah..moga ku terus tabah dalam mendepani setiap liku2 yang bakal ku tepuh di hadapanku nanti..ameen..









Wednesday, November 2, 2011

Dia buah hatiku....

I always miss him...

never forget for him...

always prays for him...
to become strong and more strong to face the challenge world...

dialah pengubat di kala sunyi...

buah hatiku, ma, cek, his ummi and semualah...

gelagatnya yang hiper aktif kadang2 membuatkanku 'hot' tapi ku ada cara atasi dirinya..:)

ku berdoa dan mohon padamu Robbb..

semoga dia menjadi anak yang soleh yang bisa menjadi seorang khalifah untuk umat akhir zaman ini..

semoga dirinya kuat hadapai liku-liku hidup ini dengan tabah tanpa abinya disisi..

ini ujian buatnya....

dikala kawan-kawanya bermanja dengan abi masing-masing tapi asing baginya perkataan itu..perasaan itu...oh kuatlah sayang...

walaupun dikau tidak mengerti kini tapi pasti kau akan mengerti suatu hari nanit..dan bila tiba saat itu ku harap dikau tidak akan berkecil hati dengan qada' dan qadar Allah..yakinlah Dia ingin mengurniakan abi yang lebih baik untukmu...

buatmu sayang..ingatlah kami sentiasa menyanyangi dirimu kerana engakaulah buah hati kami..

tunggu kepulanganku...nanti kita tengok ipin upin sama-sama and blaja ABC ALIF BA TA sama-sama k...
love u MUHAMMAD FARIS HAIKAL!






Monday, June 27, 2011

mampukah kita?

Di saat kesusahan, cubalah untuk tersenyum

Bukan kerana kita gila

Tetapi kerana kita tahu, Allah sedang menguji kita

Untuk kita atasi ujian itu

Kerana Allah mahu kita jadi kuat

Walau apapun bentuk rintangan yang datang...

Biarpun daripada luar mahupun dalam diri sendiri...

Kita mampu atasinya

dan pasti, ujian itu kita akan mampu kita tempuhi...

la yukallifullah nafsan illa wus'aha...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

[Q.S. Al-Baqarah, 2:286]

ps: ana kalau tidak senyum agak serius riak mukanya, so jagnlah mudah mganggap ana sombong ea...:) peace!
ps2: dipetik kata2 dari shoutul ikhwah blog

Thursday, June 9, 2011

...............JIKA TERPAKSA MEMBENCI...................

jika terpaksa membenci



jangan ketara
sembunyikan bersama SABARmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu..

jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam..dan cuba maniskan wajah..

jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri HATImu kepadanya!

jika terpaksa membenci..(ALANGKAH BAIK JIKA KALIMAH ITU TIADA?)

ps: buat ukhti farah semoga cepat sembuh...
ps2: besederhanalah dalam membenci dan menyayangi seseorang kerana hanya CINTA dan SAYANG-NYA kekal abadi..



Monday, April 11, 2011

~Hanya untukMu~











 cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi..
cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
 cintakan saudara masa berada hanya sementara..
cinta sesma insan suburkan dengan ketaqwaan...


cerita asal oleh: umairzulkefli

sumber: dapat dari ukhti fazhela..jazakillah ukhti..:)

sekadar story dan grab iktibar daripadanya....

Wednesday, February 16, 2011

hem hem


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Thursday, December 23, 2010

Malam Pertama di Syurga...

Dari anas r.a pernah berkata,"mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia yakni yang masih hidup? hari yang pertama ialah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri ataupun dengan tangan kanan. sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat."
insha'allah kali ni sy nk share bout buku ni. buku ini salah satu buku yang sy minat dan dalam proses pembacaan...pertama kali tengok tajuk terus terasa tertarik huhu..terasa ingin tahu apakah maksud tersirat disebalik "Malam Pertama di Syurga" 
setelah separuh dibaca alhmdulillah memang x mengecewakan...terlalu banyak info yang ku dapat yang mana sy sendiri tidak mengetahuinya..
"Indahnya Syurga" antara part yang best..terasa benar ingin menikmati alam syurga..alangkah indahnya..subhanallah..bagaimana kehidupan kita di syurga kelak,sungai2 di syurga,mahligai dan istana syurga..pokok taman dan naungan di syurga..bidadari syurga..dan banyak lagi..masya'allah sunguh indah alam syurga yang kekal abadi..

so kalo nk tw lebih detail bacalah buku ni ea insha'allh akn berpuas hati..wallahua'alam..:)

Wednesday, December 22, 2010

penantian berakhir....

pertama ku ingin mengucap syukur..alhmdulillah..mungkin berkah doa mak ku yg selama ini mendoaknku...tima kasih ma..tp..perjalananku masih jauh so ku tidak harus terlalu berpuas hati dgn apa yg ku dpt sekarng cme ia adalah motivasi untuk ku terus bangkit...

satu ku pegang - man jadda wa jada,waman kasala rosiba~yakni siapa yg berusaha pasti akn berjaya...insha'allah...e2lah janji Allah...

SELAMAT BERJUANG UNTUK SEM BARU~





Thursday, December 2, 2010

Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah..


semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah rasulNya dan dapat mengubati segala penyakit2 hati. Said Ramadhan pernah menyebut dalam bukunya” Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghaampirkan diri kepada Allah...
Sahabatku Harapanku..
Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan jahiliyah yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman isla yang sebenar melainkan hanya segelintir manusia sahaja. semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman..Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita..Segala Puji bge Allah!
Sahabatku Sayangku
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakn oleh islam untuk membangun dan memakmurkan alam tetapi orang lain menngunakan mereka untuk  meruntuhkan umat manusia. Di mana saja kita akan bertemu dengan pemuda-pemuda tetapi bagaimana keadaan mereka? sebahagian besar pemuda-pemuda hari ini telah dirosakkan pemikiran mereka, dilemahkan jiwa mereka dengan dipenuhi nafsu syahwat. Akhlak mereka bukan lagi akhlak muslim yang luhur tetapi akhlak yang campur aduk..
sahabatku..
ak sentiasa mendoakan keimananmu kerana dunia ini memerlukanmu. Nilai keimanan pemuda remaja sepertimu jauh lbih lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Suatu tahap terkumpulnya tenaga yang banyak, semangat yang berkobar dan hajat yang tinggi yang merupakan kekuatan untuk maencapai keredhaan Allah..
Jadilah “belaja” wasilah untuk mendekatkan diri pada Allah, semoga darjatmu diangkat oleh Allah. Rantailah nafsumu dengan aturan islam..
Sahabatku..
Semoga kita tidak banyak berbgaul dengan manusia hingga membawa gangguan hati dan menjauh hubungan dengan Allah..
Perkara yang paling penting untuk menolong kita sentiasa berfikir dan berzikir ialah selalu bersama orang2 soleh dan condong kepada mereka. Semoga Allah lindungi kita dari orang yang dilihat selalu mendekatkan diri kepada Allah, namun hatinya sebenarnya sangat jauh dari Allah..
Sahabatku..
Rasa tidak dikasihi yang kau dan aku rasakan sejak kecil hingga kini merupakan dorongan Allah supaya kita dapat hayati makna kemanusiaan, penuh kasih sayang kepada semua orang dan kasihan belas kepada orang yang menderitaa. Pengalaman ini juga sebagai Dorongan untuk kita lebih memahami perasaan orang lain..
Ibn Jauzi ada menyatakan dalam kitabnya “mahabatullah” : “orang yang melihat dirinya serba kurang dan menyebabkan kedekatannya dengan Allah”..
Sahabatku..
Rasanya cukup dulu buat kali ini...
Barangsiapa beramal untuk akhiratnya, maka Allhah akan mencukupi urusan dunianya. Barangsiapa memperbaiki hati nuraninya maka Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa yang memperbaiki apa yang ada diantara dia dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki apa yang ada di antara dia dan manusia....