Monday, February 28, 2011

~kcb~




As salam.. pe kabar smua harap2 kalian sihat semua ea...ermm saya  baru je lepas tengok kcb( ketika cinta bertasbih)...subhanallah best sangat-sangat the story sampai rasa nak tengok sampai abeh..tapi sayang tak boleh sebab ada kerja yang lebih penting yang perlu disettlekan dahulu..bak kata pepatah pentingkan yang lebih penting dari yang penting..gerkkkk cnne 2...(sambil jari ke mulut hihi) 

maksudnya di sini..kcb penting, kerja tuh penting jgak tapi kerja lebih penting dari kcb yang penting..huhu..

tapi siapa yang tengok kcb insha'allah akan faham perasaan saya di saat ini. thats the story bagi saya banyak pengajaran,pembelajaran yang dapat. bayangkan segalanya ada dalam cerita itu sebagai contoh cinta Allah melebihi manusia, mengajar kita macammana berdakwah fisabilillah...part yang best jgak yang paling ketara ialah cara khitbah dalam islam..subhanallah..sungguh indah..

dalam cerita ini juga saya dapati beberapa kisah yang mana sama dengan penghidupan rasul kita dahulu, yang mana salah seorang pelakon perempuan ustz. Qhanita telah melamar ust. Ilias sebagai suaminya...
yang mana kalo ketahui kisah baginda dan isteri baginda sendiri iaitu saidatina Siti Khadijah r.a sendiri yang melamar rasul kerana keperibadiannya..subhanallah..
so pengajaran yang kita dapat dari sini ialah tiada istilah 'perigi cari timba' ^_^

ermmm ingat tak kita pasal kisah saidatina fatimah az-zahra dengan saidina Ali bin Abi Talib..yang mana Ali sangat tertarik dengan Fatimah tetapi dia segan untuk menkhitbahnya kerana merasakan dirinya tidak layak...sehinggalah teman seakrab dengannya iaitu saidina Abu Bakar As-Siddiq sendiri telah menkhitbah Fatimah. tetapi siapa sangka baginda menolak lamaran saidina Abu Bakar..

sesungguhnya itulah ketetapan Allah swt. akhirnya jodoh saidatina Fatimah dengan dengan saidina Ali juga pada akhirnya kerana telah tercatat di luh mahfuz jodoh mereka..tahukah sebenarnya dalam diam saidatina Fatimah telah menaruh hati kepada saidina Ali tetapi tidak menzahirkanmya kerana tahu batas-batas dalam islam.

apa yang saya nak kaitkan dengan story ini adalah sebenarnya ia berlaku pada hero dan heroin sendiri yang mana mereka saling menyimpan perasaan masing-masing tetapi kerana sebab tertentu dorang tidak dijodohkan buat pertama kalinya..tetapi dengan kehendak Allah mereka bersatu.. dan betapa gembira Anna Athafunnisa'( heroin) kerana dapat mengahwini orang yang ditunggu-selama ni.. :)

ok itu sebagai mukaddimahnya...:)
apa yang saya nak ceritak di sini bagaimana story kcb itu tersangat memberi kesan pada diri saya sendiri..iaitu PERGAULAN...ya pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.. sesungguhnya didalam story itu mengajar kita cara yang betol dalam pergaulan..insha'allah.

kalo diikutkan topik inilah yang selalu diperdengarkan dan boleh jadi orang pom dah agak bosan untuk mendengarnya..kan??? tapi as a muslim peringatan itu penting antara satu sama lain, lagipom bak kata Tun.Dr Mahadhir 'Melayu Mudah Lupa' so tidak salah saya sekali lagi mengingatkan terutama sekali kepada diri yang hina ini dan juga kepada kawan-kawan d luar sana. 

dek kerana pergaulanlah banyak perkara-perkara mungkar yang kita tengok sekarang...maksiat berleluasa tak kira di kampung mahupom bandar. sunnguh menyedihkan bila mana remaja sekarang sudah tidak mengenal erti malu. 

sabda Rasulullah..
iman mempunyai 60 cabang dan malu adalah salah satu cabang iman. ( riwayat al- Bukhari)

sesungguhnya orang yang malu akan disekat oleh rasa malunya daripada melakukan maksiat. maka ia bertindak seperti iman yang menyekat dan menghalang seseorg dengan maksiat. oleh demikian, malu dalam islam merupakan akhlak yang tinggi dan antara sifat yang paling agung dimiliki oleh seorg muslim.

kesimpulannya, untuk mengelak pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlulah diiringi rasa malu kerana dengan adanya perasaan itu perlakuan kita akan terbatas. dengan izin Allah swt


bersyukur sebab 'TAK CANTIK'

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa. ~post dr facebook~ hehe

apa yang lebih penting di sini kalo saya tak cantik maka xde orang laki-laki yang akan cakap dengan saya sebab org tak tertarik untuk bercakap ngan saya...sebab saya TAK CANTIK...mungkin itu hikmahnya...
so pada yang tak cantik pada pandangan manusia janganlah kau khuatir kerana pandngan Allah itu jauh lebih berharga dari pandangan manusia..renung-renungkan....*_*



ps: awat rasa lama ngt tulis entry ni..huhu
ps2: moga bermanfaat..dengan izin Allah..
ps3: mohon teguran atas kesalahn,kelemahan hamba yang hina ini












Saturday, February 26, 2011

ketenangan itu..


di saat ini hatiku tenang Alhamdulillahi robbi alameenn..tetapi  tidak ku tahu bagaimana keadaan untuk esok lusa tulat tubing......(klate versi)

ketenangan..bila disebutnya semua orang ingin mengecapinya tetapi tidak semua orang dapat merasainya..mengapa ea terjadi begitu??? adakah kerana memikirkan jumlah harta yang banyak yang mana takut jika diambil orang atau mungkinkah memeikirkan cara bagaimana hendak mencari harta untuk meneruskan hidup dan macam-macam lagi kan..dan as a student..ku selalu tidak tenang dengan longgokan assignment yang banyak plus dengan sekarang musim test..selalu kepecutan keperutan..hukhuk

tapi bukan itu yang selalu ku pikirkan..yang selalu buat diriku tidak tenang sekarang memikirkan keadaan mak, cek(or ayahku), adikku, anak menakanku(buah) di rumah sana..serius ku rindu. sob2. adakah mereka cukup makan di sana??selamatkah mereka disana dengan keadaan ‘cek’ macam 2..(x sihat~nyanyuk)..ye adikku ada..moga2 adik akan jaga rumah baik-baik ea..

Alhamdulillah bukanlah ku nak mengatakan yang sem ni kelebihan bajet, tetapi kerana sebab-sebab tertentu ku terpaksa juga ambil lesen kereta kerana  kalo diikutkan duit sem ni bajet tok incubation. tetapi atas suggestion mak, ku akur dan ambil lesen. benar juga katanya dan insha’allah untuk kemudahan masa depan dan kemudahan keluargaku nanti..(walopom xde keta hehe)

“boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesua2 padahal ia buruk bgemu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..2:216..”
ya insha’allah ku akan berpegang dengan qalam ni..sesungguhnya juga kita hanya mampu merancang dan Dialah yang maha penentu segalanya..



oleh kerana itu juga, ku terpaksa berjimat cermat kerana mak ku tak berkerja dan only harapkan kakakku yang bekerja kilang..to her! tanks sis u help me lots..without u i cannot survive here. J
Alhamdulillah juga kerana dengan kekangan yang Kau timpakan padaku lebih mematangkan lagi diriku dalam mengenal erti hidup ini..baru ku taw nilai sekeping satu kupang! sesungguhnya ia amat bernilai..
tiba-tiba saat ini ku terbayang saat mak dan ‘cek’ ku selalu bersusahn payah dulu demi hanya untuk beri makan kat kitaorang..tanks mak..tanks ‘cek’...

dan di saat diri tidak tenang hanya sujud hanya qalam mu yang ku harapkan..dan alhamdulilah sesungguhnya Kau maha mendengar rintihan hambamu yang hina ini.. Ya hanya qalam-qalam mu yang dapat menenangkan di saat kita sedih, down,marah, give up, tak bersemangat.....................(kalo x caye trylah! sy jamin ia berkesan tw) insha’allah..
dan bukanlah dengan cara berhibur sehingga ia melalaikan kita dan lupa pada yang Pemberi masalah kepada kita..sesungguhnya Dia yang memberi kita masalah dan Dia juga yang member kemudahan penyelesaianya.. So kenapa kita berharap pada yang selain dariNya...??? fikirlah......

Last but not least,

“Dan Kami pastikan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahan..dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar..2:215”

inilah janji Allah yang perlu kita kena selalu ingat dan peganglah ia kuat-kuat kerana  sesungguhnya dia takkan sesekali memungkiri janjinya..dan ku harap akan dikurniakan kesabaran dalam setiap ujian yang datang dengan keikhlasan hanya padaMu ya ROBB....



Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.



 
ps: for mak n ‘cek’…I LUV U MUCH!
ps2: iringilah sabarku dengan keikhlasan..hanya redhoMu yang kucari.
ps3: ya Allah moga yang sedikit itu mencukupi bagiku dari banyak yang melalaikan..amieenn



layakkah daku.....


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuhla kita bangkit bersama-sama
Become a mujahidah solehah! insha'allah...


Friday, February 25, 2011

Ku Rindu Saat-saat Itu..


kamu tahukah kamu ak sangat rindu saat-saat itu. saat kita gelak sama2 saat kita kongsi cerita sama2 dan paling tidak dapt ku lupa saat kita duduk sekali dalam bas.  dan selalunya orang yang akan menandakan kerusi tempat duduk adalah kamu kerana kamu memang cepat dibandingkan dengan ku. ku tersenyum dan duduk disebelah kamu....sungguh bahagia rasa ada orng yang ambil berat kan..
kalo dulu kita selalu kuar sama2 kan..mira?  tapi sekarang amat jarang untuk berjalan seiring denganmu..selalu borak-borak, gelak-gelak dan ku suka bila part kita sama2 x mature dulu.
suatu hari bila tiba saat ku kenali seorg adik ‘ustazah’ ak selalu pergi surau dan niatnya untuk dekatkan diri pada Allah sebab ku tahu diriku jahil..ku cuba knal-kenal kakak dan adik2 yang selalu pergi surau..alhamdulillah bila dari hari ke hari ku dekatkan diri dengan rumah Allah ku rasa tenang walaupom saat itu ak masih tidak mengajak dirimu sebab ak tak tahu cara untuk menarik dirimu sedangkan diriku tak sempurna..oleh itu orang paling hampir dengan ku iaitu housemate ku Liya yang ku selalu ajak pergi ke suaru bersamaku. tapi ialah kitaorang berlainan kelas  so, kadang-kadang 2 dia ada kelas malam jadi x dapat join aku pergi surau.
yang nak dijadikan citer masa tu dekat dengan time bulan ramadhan. So, memang akan ada solat sunat terawih. dan bukanlah hendak riak sesungguhnya solat terawih adalah perkara yang wajib ak akan buat seperti mana masa2 ak matrik dan sekolah2 dulu...Cuma kalo berada di rumah je ak tidak akan pergi terawih kerana surau kampong ku itu ramai budak lelaki so aku segan nak pergi..lagipom ak pnah ingat ustazah aka cakap masa ak sekolah agama dulu, katanya..
‘perempuan kalo dia bimbang seandainya dirinya akan membawa fitnah jika pergi surau maka solat dirumah itu lebih baik’ katanya..
So, setiap kali balik ak xkan ke surau..hehe. dan sebenarnya apa ak nak ceritakna disini ak cuba try ajak kamu untuk join sekali berterawih.. tapi apakan daya kita hanya mampu mengajak tetapi Allah yang mengurniakan hidayah..dan mungkin saat itu hidayah bukan milikmu..tapi ku tak berputus asa..
dipendekkan cerita ak telah join usrah dengan adik ‘ustazah ‘ 2.. dia banyak mengajar ku tentang agama sebenar  tetapi itulah penerimaannnya agak lambat ku kecap. sehiggalah suatu saat ku try mengajakmu ke surau suatu hari 2 kerana ada topic tazkirah yang best. kalo tak silap tajuknya
“VALENTINE’S DAY”..........tapi sayang kamu tak dapat datang dengan alasan yang kamu beri padaku yang ku rasa sedikit sebal.. tapi ku try postivekan diri dan ku berdoa supaya  suatu hari nanti kamu akan ikut jalan ku. dan aku bukanlah perfect  mana walaupom ak tidak berkapel tetapi kwan lelaki still ada yang orng kata ape..‘teman tapi mesra’ hakhak. dan pada saat itu ku taw dirimu kapel tapi ku tidak melarang kerana kita sama je kan  cuma berlainan sikit..nge nge..
dan suatu hari, adik ‘ustazah’ try mintak numbermu dripadaku..dan ak memberinya..dan kuharap adik ‘ustazah tu akan menarik dirimu bersamaku nanti...insha’alllah...


sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa hambanya..syukur alhamdulillah akhirnya kamu telah diusrahkan juga oleh adik ‘ustazah ‘itu..dan akulah orang tersangat bahagia pada saat itu..walaupom pada masa itu ak telah dihalaqahkan..Cuma beza satu stage je dengan kamu..
tetapi benarlah ku kata tadi...HIDAYAH itu milik Allah. dia mampu memberinya pada yang diiingini tidak mengira waktu, status, atau jarak masa yang telah ditarbiyahkan..suatu hari ak sangat terkejut dengan perubahan dirimu..ya TERKEJUT! dari tudung bawal biasa kamu telah berubah jadi ‘ustazah’...
Oh sungguh tidak ku duga..dan tahukah kamu ?alahamdulillah! itulah  perkataan  pertama terucap di bibirku di saat melihat dirimu telah berubah walaupom diriku sendiri tidakalah selabuh tudung yang kamu pakai.
dipendekkan cerita..alhamdulillah sekarang ak pom sudah jadi ‘ustazah’ macam kamu. tetapi hingga ke hari ini aku tidak tahu kenapa hatiku makin tidak tenang.  adakah dosa yang ku galas ni membuatkan diriku tidak tenang. ya! berdosa kerana fikir negative kenapa kamu sudah tidak tanda tempat untukku dalam bas..fikir negative kenapa kamu da kurang bergelak ketawa denagn diriku, pikir negative kenapa kamu sudah jarang bercakap denganku n macam2 lagi..dan maaf ku pinta kerana ak try berfikiran positive dan stiap kali ak berfikiran positive perasaanku akan sebak mengingatkan tingkah laku kamu padaku..
kenapa kawan? adakah ku bersalah denganmu? di mana silapnya?kalo silap kenapa kamu tidak menegurku..ak hamba yang lemah yang xkan dapat lari dari buat salah..tapi bukan dengan cara ini ak minta darimu..tegurlah diriku andai diri ini bersalah..ak hamba yang tidak sempurna...
dan buat pengetahuanmu..ku memang camni yang mana sedikit senyap dan sedikit serius but x semestinya ku x boleh gelak..n suka untuk ak ingatkan diri sendiri dan kamu juga yang mana kita perlu more serius dalam apa yang kita lalui sekarang..
Mira... If u want to know...I luv u fren and I hope lepas ni kita akan jadi sahabat baik seperti dulu kala..sesungguhnya...

KU RINDU SAAT-SAAT ITU..... :( 




ps: just a reka2 story..:)

Tuesday, February 22, 2011

MY CORRECTION!

Astagfirullah..di sini saya nak buat pembetulan tentang penggunaan 'salam'.
kalau entry sebelom ni ada menceritakan disebalik penggunaan 'salam' itu x boleh. tetapi pada saat ini sy ingin mohon maaf kerana tidak berhati- hati denagan info yang dapat.
sebenarnya kalau difikirkan, saya sendiri pom tidak berapa percaya kerana seblom ni saya pom guna perkataan 'salam' juga, tetapi kerana mungkin sifat keperihatinan saya yang tinggi (sambil jari ke mulut kihkih) saya pom tersalah share info. Oleh itu, jom kita baca pembetulan yang sebenar..



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. 

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam.

ok??? harap pembaca semua faham ye dengan penjelasan di atas. kesimpulannya di sini salam dan as salam insha'allah boleh guna dua-dua..


ps: len kali klau dah dpt satu2 artikel tu,.cek dulu kesahihannya..jgn men redah je (nasihat kat diri sendiri)
ps2: pohon maaf sekali lagi dan harap2 artikal kali ni betol sepenuhnya. insha'allah..:)
ps3: jazakallah for yang tegur saya..

wallahualam..

Saturday, February 19, 2011

disebalik penggunaan 'salam' dan 'bye'

siapa yang menggunakan perkataan 'salam'? dan apakah maksud disebaliknya???
maka bepalinglah hai muhammad dari mereka dan katakanlah: salam(selamat tinggal).
kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) ::: (QS. 43:89)

oleh itu, sebaiknya gunalah perkataan 'assalamualaikum'
dan jika perkataan assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan "as salam" yang membawa maksud sama dengan assalamualaikum.

DAN JANGAN SESEKALI!!!

gunakan perkataan 'BYE'kerana ia adalah merupakan jarum sulit kristian yang bermaksud' di bawah naungan pope'. DONT USED! 'a'kum' kerana ia membawa maksud 'binatang' dalam bahasa yahudi jangan guna juga 'samekom' kerana ia bawa maksud 'celaka kamu'.

sama2lah kita mengingati satu sama lain kerana sabda rasulullah saw yang berbunyi 'tidak sermpurna iman seseorang muslim sekiranya kamu tidak mengasihi saudara kamu seprtimana kamu mengasihi diri kamu sendiri'

ps: sharing is caring ( for ur islam) ^-^ 



Wednesday, February 16, 2011

hem hem


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..