Cinta…satu ungkapan yang sangat manis diperkatakan di saat-saat remaja mulai menjengah dihati. Begitulah cinta yang pernah dihulurkan kau suatu tika dahulu sehingga aku sedar bahawa cinta yang telah kita ditaburi melebihi cintaku padaNya..astagfirullahalazim…
Dalam diam aku mengagumi sikap berterus terang yang ada pada kau..tapi apakan daya.. sikap terlalu berterus terang kau itu sangat menyakitkan hati. Tidak aku sangka kau sanggup mengakui dirimu selalu alpa akan perintahNya. Luluh hati ini ini mengetahui tentang itu, kerana bukan itu yang aku inginkan dari sesorang yang bakal mengimamiku kelak.
Dek kerana kau merasa diri tidak layak untuk aku, maka dengan tidak ku duga kau telah pergi dengan membisu seribu bahasa. Ye, memang..aku kesali dengan apa yang telah kau luahkan padaku tetapi cara kau meninggalkan aku dan cara kau pergi amat drastik dan sukar untuk aku terima. Aku PASRAH….mungkin ini takdirNya…aku berdoa moga dengan perpisahan yang tidak aku duga ini akan memberi seribu erti dalam hidup kau dan aku..dan aku juga berdoa moga kau berubah suatu hari nanti..bukan kerana aku..tetapi kerana Allah..kerana aku tahu setiap yang bersalah itu jika ia benar2 bertaubat maka Allah ampunkan dosanya..
Selama lebih enam bulan aku tidak dengar khabar berita dari kau dan dalam masa sama aku sudah mampu melupakan kau. Kerana ini adalah takdirnya…
Alhamdulillah..di saat hati terluka dek rasa cinta kepada manusia yang tidak berbalas, aku mendapat cinta baru..iaitu cintaNya..betapa manisnya dan sucinya cinta yang aku rasai saat itu. Dalam sedar aku terasa sangat berdosa atas cinta yang aku pernah semai bersama kau selama ini, kerana cinta aku melebihi cinta padaNya…walaupum aku tahu cinta itu fitrah….alhamdulillah aku tenang bersama cinta yang aku telah jumpai sekarang..
SAAT KU GAPAI CINTA-MU, hati ini sungguh tenang…alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah memilih hati ini untuk merasai kemanisan cinta bersamaMu..
Setelah lebih enam bulan kau menghilang aku semakin dekat dengan CINTA baruku dan cinta itu telah bagiku kebahgiaan yang aku cari selama ini. TETAPI tidak aku duga, pada saat itu kau hadir semula untuk menagih cinta dariku.
Saat panggilan yang tidak aku kenali numbernya tetapi terasa semacam pernah melihatnya suatu masa dahulu, tidak aku layan sama sekali…sehinggalah pemilik number itu menghatar mesej yang berbunyi ‘ please angkat saya nak cakap something dengan awak’. Hanya Allah sahaja yang tahu degupan jantungku saat itu, kerana aku tahu itu adalah KAU…..
Berkali2 aku katakan tidak akan kembali seperti dahulu..hubungan kita tidak akan sesekali akan kembali seperti dulu…biarlah andai jodoh Allah telah tetapkan kita untuk bersama Insha’allah suatu hari nanti kita tetap akan bersama…itulah janjiku buat diriku sendiri..
Kehadiran kau kali ini menyatakan asbab kehilanganmu dulu..
Terima kasih kerana akhirnya aku dapat tahu kenapa kau bertindak sedemikian rupa dahulu….
Dan Alhamdulillah…aku sedikit terharu atas asbab yang kau berikan dan aku berharap dan berdoa moga Allah kuatkan imanmu dalam penghijrahan yang telah Kau lakukan..dan aku harap perubahan yang kau lakukan bukan kerana aku tetapi biarlah kerana Allah seperti yang pernah aku katakan dahulu..
Sekarang….insha’allah kita telah sama2 berubah ke arah yang lebih baik dan aku harap kau memahami pendirian yang aku pegang kerana aku tahu kau pernah mengenali sikap aku dahulu dan aku akan tetap dengan pendirian aku…dan terima kasih atas pemahamanmu dengan pendirianku..
Untuk Kau Hamba Allah yang pernah bertahta di hati ini..
Jika benar aku adalah tulang rusukmu yang Allah ciptakan..maka suatu hari nanti kita tetap akan bersama dengan ikatan yang sah..tetapi seandainya ia tidak, maka terimalah ia dengan hati yang tenang kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untu kau dan aku….wallahua’lam…