 |
| dipetik dari fb: kempen menutup aurat by Nasir Ismail Sulaiman |
apa yang tak kena sebenarnya dengan gambar di atas???
ok canni sebenarnya banyak yang tak kena. kalo dilihat seimbas memang tutup semua kan..so mana silapnya???
sebelom tu sy nak cakap sikit fesyen dunia sekarang..bukan apa macam-macam kita bole tengok kn terutamanya tudung. macam-macam tudung kita boleh tengok sekarang..dari bawal tukar wardina then siti norhaliza pastu sekarang ariani and banyak lagi la...(sorila sy ni out 2 date sikit so tak taw sangat pasai fesyen-fesyen ni). cuma persoalan yang selalu bermain di pikiran sy, adakah ini salah satu konspirasi yahudi untuk jatuh and rosakkan umat islam pada masa kini???~ada kaitan ke? ngeeeeee
ok berbalik pada fesyen diatas..lawa bukan? lengan baju dah labuh,tudung dah pakai tapi sayang skirtnya x cukup kain..sebab itulah jadi singkat sikit..bajunya plak kecik and agak ikut body atas punggung plak 2...huhu
kesalahan B plak cnne ea?...actually dari gambar 2 kalo kita perhati memang ada salahnya so x perlu kot sy explain satu-satu kat sini.
cuma sy agak terkilanlah kenapa kita mudah terpengaruh dengan semua benda ni ea..memang cantik dipandang tambah-tambah lagi cantik di pandangan lelaki ajnabi. and memag tak dinafikan da memang lumrah kita sendiri pom suka akan benda canti-cantik kan..tapi macammana pada pandangan Allah? adakah ia still cantik???
ok sekarang sy nak definisikan apa itu aurat..kita biasa dengar and mungkin juga telah expert tangnya..cuma tok peringatan sekali lagi buat diri sy sendiri terutamaya dan juga tok sahabat2, akhwat2, girl2, wanita2 di luar sana..
AURAT
Aurat pada bahasa adalah setiap benda yang dilindungi oleh manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lain adalah kecacatan dan kelemahan( yakni yang perlu dilindungi)~dipetik dari wanita cantiknya dirimu bila berjilbab oleh Mohd Hanif Ismail~ hehe promote buku
Aurat pada hukum syara'
- semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang(definisi ini adalah yang paling tepat)
- suatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.
- sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertanahannya apabila diserang musuh. ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-ahzab:13
Dan ingatlah ketika segolongan di antara mereka berkata,"Wahai penduduk yathrib(Madinah), tempat ini bukan tempat bagimu(untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah kamu," dan sebahagian daripada mereka pula meminta izin kepada nabi(hendak balik) sambil berkata," Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka(tiada penjaga), padahal ia(rumah-rumah itu)tidak terbuka. mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri( dari berjuang menegakkan islam)."
Demikianlah defini untuk aurat.so harap semua akan lebih memahaminya dan bukan sahaja sekadar memahami tetapi mengaplikasikannya kerana bukan redha manusia yag kita cari tetapi redha dariNya. insha'allahhhh...
Hukum menjaga aurat juga adalah wajib berdasarkan dalil-dalil Naqli(Al-Quran) dan Aqli(akal fikiran)
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang(biasa)nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya" <an-Nuur:31>
ok, sekarang apa yang dimaksudkan dengan yang 'biasa nampak daripadanya'???
insha'allah kita sebagai wanita tidak salah untuk berhias diri selagi ia tidak melanggar syariat. sebagai contoh gelang, cincin..mudah bukan. dan juga tidak salah kita(wanita) untuk berfesyen selagi ia tidak menyalahi undang-undang Allah yang telah ditetapkan..boleh kan?? insha'allah..
sesungguhnya tabarruj itu mengundang kepada maksiat dan murka Allah SWT..nauzubillah minzalik..
akhir kalam, ingatlah pakaian Muslimah yang belum boleh digunakan untuk solat merupakan pakaian islam yang belum sempurna yang harus disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh Muslimah apabila tidak diiringi oleh keimanan dan ketaqwaan yang mantap. sama-samalah kita renung and ambil iktibar daripadanya..peace!!!!!!
ps: sekarang ujan panas yg menyebabkan ramai org sakit..n time menulis entry ni pom sy sedang demam kura2 and selsema..hoooo kcian!!
ps2 : sy pom muslimah yang tidak sempurna, oleh itu tidak salah jika kita mengingati satu sama lain kan..insha'allah bermanfaat.
wallah a'alam..