Allah SWT menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Di sini kita mengetahui dengan jelas yang mana Allah telah berjanji bahawa orang yang tidak menghargai masanya adalah org yang sangat rugi dalam hidupnya..
Insha'allah di sini sy ingin kongsi sedikit sebanyak how to manage masa kita dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat:
![]() |
| masa itu emas berlian...begitulah nilai harganya |
1. Membuat perancangan yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa.
Tempoh menyiapkan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja tertangguh dan tidak sistematik. Nabi Allah Ibrahim a.s sendiri umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah SWT, bermuhasabah diri dan berfikir mengenai ciptaan Allah SWT serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.
2. Sentiasa menepati masa kerana sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya hal negatif lain akibat kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa. Kata-kata hikmat menyatakan: “Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok”.
3. Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.
4. Menjaga kualiti masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan tetapi Islam sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati.”
5. Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia dituntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”
6. Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap.”
7. Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.

“Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah SWT sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” (Surah al-Imran, ayat 137)
8. Martabat manusia dinilai dengan masa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
8. Martabat manusia dinilai dengan masa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”
Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan.
Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah SWT untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.
Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka.
Selain beriman, dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

Insha'allah selagi Allah kurniakan masa kita ayuhlah kita cuba manfaat masa yg ada sebaiknya..
Ingatlah jangan biar masa mengejar kita tetapi kita yang seharusnya mengejar masa itu.
ps: ini adalah tajuk tazkirah yang telah disampaikan semalam
ps2: moga bermanfaat tok kita semua.