Thursday, June 30, 2011

warna kegemaran rasulullah s.a.w

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....
Kali ini ana ingin postkan topic sunah Rasulullah S.A.W..warna kegemaran Baginda.Mayb ramai dah tahu..Alhamdulillah.Ni nak karang ayat ini susah juga bagi yang xberbakat ni.perlu diasah lagi.ermm teringat dialoq novel Kasidah-Kasidah Cinta "Ingin aku anyam setangkai syair tentang pertemuan ini tapi lidah kotorku tidak mampu mencipta bahasa yang indah, walaupun untuk telinga sendiri.Maafkanlah aku..."ermm kepada sesiapa yang belum baca bolehlah dapatkan di pasaran Novel Spiritual Pembangunan Iman.

Back to the topic,warna memang memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan."warna yang lembut atau cerah membuatkan sesuatu ruang yang kecil tampak luas.."


Tapi warna-warna yang ingin dibincangkan ni bukan semua warna-warna yg wujud didunia ni... banyak bangat kalau mau dibincangkan tapi warna-warna kegemaran Rasulullah S.A.W "Idola setiap mujahid maupun mujahidah Islam..iyakan???" Di antaranya warna Pink (Merah + putih atau merah jambu), putih dan hijau...

Banyak yang dibincangkan tentang warna kesukaan di internet,semuanya suka warna-warna ini dan semua mengikut sunah Rasulullah mencintai warna ini tapi sumber aslinya tidak dinyatakan dari hadith mana.Insyallah segala dengan bantuan Pemilik Nyawaku, Ya Rabbi ana dapat info ini dari blog"Taman Islamku"

Warna Pink
Kalau dilihat dunia yang canggih manggih ni, warna pink mesti dilabelkan pada gurl atau perempuan-baju,kasut,ape lagi,henset..erm sampai moto pon tempah warna pink...sungguh teruja dengan warna ini..

Alhamdulillah depa pon mengikuti jejak Rasulullah Insyaallah..bila lelaki pakai warna pink ni ade je mulut-mulut yang nak menembak ..Jauhi Mengumpat..lembut la.La Tahzan yang penting niat ikhlas kerana Allah..warna pink banyak dikaitkan dengan kasih sayang.Sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira " Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus...Kita sekarang ni kalau suami panggil "Si Comel" bukan isteri yang mai..kucing plak...huuuu
Dah banyak melalut ni... 


Dari abu juhaifah meriwayatkan maksudnya "Saya melihat Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian berwarna merah seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis beliau. Suffian berkata, hemat yg dimaksudkan dgn pakaian bwarna merah itu adalah hibarah.
(Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad) dari buku seribu seratus hadith terpilih karya dr muhammad faiz almath diterbitkan oleh penerbitan kintan sdn bhd sebagai rujukan.


Hibarah yang dimaksudkan ialah corak atau warna fesyen Bangsa Yaman pada ketika itu.
Hadith ini berlaku di luar Makkah, waktu tu Nabi dan para sahabat solat di sebuah khemah bewarna merah kemudian.. Bilal azan.. Rasulullah pun keluar dengan pakaian warna merah yg disebut oleh Abu Suffian sebagai hibarah Abu Suffian adalah seorang yang kaya, mungkin Abu Suffian sendiri ada pakaian yg berwarna spt hibarah yg dimaksudkan tu..tapi. isi hadith ini, topik pakaian Rasulullah bukanlah perbahasan utama..tetapi lebih banyak menyentuh perihal ibadah dan ketika itu cara Bilal melaungkan azan..

Warna Hijau

Warna ini banyak disamakan dengan tumbuh-tumbuhan."Bangun pagi-pagi tengok tumbuhan hijau dapat mencerahkan mata"Wallahualam...Hanya dengan Kuasa Maha Pencipta yang bisa melakukan....tapi tumbuh-tumbuhan hijau pagi-pagi memang segar kan...sejuk mata memandang..Subhanallah..

Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rahman ayat 64" Kedua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya" Ya Allah syurga yang diimpikan penuh dengan warna-warna Mu....

Abu Ramtsah meriwayatkan maksudnya "Saya pernah melihat Nabi S.A.W mengenakan 2 helai pakaian berwrna hijau.
(Riwayat Tirmizi,Nasai dan Ahmad) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W)karya Imam Tarmizi terbitan telaga biru.


Warna Putih

Kalau warna ni teringat jemaah-jemah haji kita ke Tanah Suci Mekah...bla tengok dalam tv semuanya berpakaian putih sujud kepada-NYA..erm..yang mai umah ana pas sembahyang raya Tok Imam dan Ustaz masjid semua berpakaian putih...Subhanallah sejuk nampak ruang tamu...hheheheh


Samurah bin Jundab meriwayatkn bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya "hendaklah kalian mengenakan pakaian berwrna putih.Sungguh pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lbh baik bagi kalian dan hendaknya kalian mengafani orang-orang yg meninggal dunia dgn kain kafan brwrna putih.
(Rwyt Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah,Abu Daud ath-Thayalisi,Baihaqi dan Hakim) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W) karya imam tarmizi terbitan telaga biru.




Moga dengan ini kita dapat menjejaki lagi sunah-sunah Rasulullah S.A.W seperti adab ketika makan.Kenapa Rasulullah S.A.W guna tangan ketika makan tak guna sudu?? kalau diikutkan orang yang tak mampu nak guna apa kalau Baginda guna sudu..mana nak cari sudu cap besi ke plastik ke...Subhanallah..Allah Maha Bijaksana.Banyak lagi yang oleh kita praktikkan dalam kehidupan dengan sunah-sunah Baginda....



Ps: mungkin saya bukan seorang yang pandai dalam berkata2. Ya memang kita kena ada hadis sahih untuk menyakinkan setiap perkataan yang kita ucap. Dan di harap setiap hadis yang dinyatakan dapat menyakinkan lagi kita bahawa warna pink adalah salah satu warna kesukaan Rasulullah saw.

Saya akan cuba perbaiki diri yang lemah ini..
Ingatlah tak salah mengaku salah andai betol kalimah kita salah...sebaliknya belajarlah untuk berkata betol dan perbaikilah yang salah itu dengan berhikmah..
ps2: insha'allah sebarang teguran akan ana terima dengan hati terbuka.tetapi ingatlah teguran yang berhikmah itu adalah cara nabi kita..:)
ps3: credit from taman islamku blog

Monday, June 27, 2011

mampukah kita?

Di saat kesusahan, cubalah untuk tersenyum

Bukan kerana kita gila

Tetapi kerana kita tahu, Allah sedang menguji kita

Untuk kita atasi ujian itu

Kerana Allah mahu kita jadi kuat

Walau apapun bentuk rintangan yang datang...

Biarpun daripada luar mahupun dalam diri sendiri...

Kita mampu atasinya

dan pasti, ujian itu kita akan mampu kita tempuhi...

la yukallifullah nafsan illa wus'aha...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

[Q.S. Al-Baqarah, 2:286]

ps: ana kalau tidak senyum agak serius riak mukanya, so jagnlah mudah mganggap ana sombong ea...:) peace!
ps2: dipetik kata2 dari shoutul ikhwah blog

Wednesday, June 22, 2011

MALU tak BERTEMPAT..perempuan sekarang malu keluar berjalan-jalan untuk pakai baju kurung...?? k0lot sgt ke?

Situasi 1
A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”

Situasi 2
A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”
B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3
A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”
B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4
A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”
B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”
A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5
A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6
B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7
A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]






ps: nukilan siti fatimah

Tuesday, June 21, 2011

teringat waktu itu.....

amiruddin : ustazah saya nak tanya...boleh?

ana: ye boleh..nak tanya ape amiruddin?

amiruddin: ustazah kalo berlaku gempa bumi kan...rumah Allah ni akan runtuh tak?

ana: erm.....insha'Allah dengan izin Alllah masjid ni takkan runtuh kalo berlaku tanah runtuh ke...tsunami ker...
       jadi...rajin-rajinlah amiruddin datang solat kat rumah Allah ni..moga Allah selalu lindungi amiruddin dan
       rumah Allah ni....ok..(tersenyum)

amiruddin: oooo...macam tu ea ustazah....
                 ustazah- ustazah....macam mana kita nak jumpa nabi kita?

ana: nabi kita dah takde yang...kenapa amiruddin nak jumpa nabi ke?

amiruddin: ooo macam tu...nak2 amiruddin nak jumpa nabi..atuk wan cakap kalo kita pergi masjid nabawi        kita boleh jumpa nabi...lagipom...atuk wan cakap dia pernah nampak nabi...

ana: (dengan muka sedikit terkejut)...ooo atuk wan pernah jumpa dengan nabi ea?
ok...macam ni ea ..kalo amiruddin betol2 ingin jumpa nabi amiruddin kenalah selalu berdoa..mintak kat Allah supaya temukan amirudddin dengan nabi..Insha'Allah nanti amiruddin dapat jumpa nabi..

amiruddin: macam 2 ke ustazah? okok..ermmmmm ustazah nabi kita hensem tak?

ana: (terkejut bercampur bangga dengan budak ni)....ye dear..hensem..hensem lagi dari amiruddin..nanti bila amiruddin dah jumpa nabi mesti amiruddin terkejut..sebab wajahnya memang hensem...:)

amiruddin: ustazah amiruddin betol2 nak jumpa nabi....

ana: insha'Allah dear...selalu doa kat Allah k..

amiruddin: ok ustazah......

itulah antara dialog yang sempat ana bualkan dengan amiruddin semasa program tu. programnya..Kem Indahnya Solat (KIS) tapi sayang ana tak sempat bersama lama dia kerana dia telah pulang kerana demam. Dan inilah kali pertama ana mendapat solan sebegitu rupa dari budak yang layaknya seperti orang dewasa...jauh di sudut hati ini tersara sangat gembira dan bangga dengan cara amiruddin..dan inilah kenangan pertemuan sementara dengan amiruddin....
moga Allah sentiasa merahmatimu dear...ameennn...

watak:
amiruddin,7 tahun,peserta KIS dan ana sebagai fasilitator yang memberi bimbingan sedikit sebanyak tentang solat kepada adik2 tahun 1...

wallahu'alam...
                     

Thursday, June 9, 2011

...............JIKA TERPAKSA MEMBENCI...................

jika terpaksa membenci



jangan ketara
sembunyikan bersama SABARmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu..

jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam..dan cuba maniskan wajah..

jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri HATImu kepadanya!

jika terpaksa membenci..(ALANGKAH BAIK JIKA KALIMAH ITU TIADA?)

ps: buat ukhti farah semoga cepat sembuh...
ps2: besederhanalah dalam membenci dan menyayangi seseorang kerana hanya CINTA dan SAYANG-NYA kekal abadi..



Friday, May 27, 2011

working experience at IDD SolutionNet Sdn. Bhd.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung...


Bermula 16 mei yang lalu ana telah mula bekerja di syarikat ini.  My bos for me very kind person dan apa yang membuatkan lebih mencabar bekerja disini ana  kena speaking..fully speaking becoz dia tak bolek speak maly. Huhu....[ i take challenge for that]

hari ini da masuk minggu kedua ana bekerja di syarikat ni dan alhamdulillah minggu ni ana baru dapat merasakan suasana sebenar alam pekerjaan. Minggu pertama sangat membosankan tetapi ana still bersabar. yelah sabar kan sebahagian daripada iman.

semalam we all dapat hard work dari bos. antaranya pada pertengahan jun ni ada event/exhibition (18 june-20 june), so we must prepared for that event.

Minggu lepas minggu yang sangat membosankan dan inilah pulangan yang kami dapat. Dan ana lebih rasa bahagia dengan task sekarang daripada membazir masa yang sangat berharga.
To all frenz selamt menjalankan tugas anda..ok!


Ps: elaun tak dapat tak bermakna kita tak dapat pape.  Actually we get the experience. That the most important! :)


Monday, April 25, 2011

JOm LawAn Nafs...

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung..


insha'allah dengan permintaan sahabat, kali ni ana nak kongsikan sedikit again tentang nafsu. ana tak kata orang lain kerana ana sendiri selalunya akan kalah dengan nafsu. tengok betapa kuat nafsu merajai kita tanpa iman dihati. sesungguhnya betollah kata2 dibawah ini:



KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat.  Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: 

“Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
i) Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)
ii) Sedang dan sentiasa berperang
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”
iii) Orang yang telah menang
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.
sesungguhnya beruntunglah orang yang telah menang dalam berperang dengan nafsunya. kalo dalam post sebelom ni ana ada menyebutkan pasal MUJAHADAH melawan nafsu. apa itu sebenarnya mujahadah? tengok bawah ni ea..


Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul. Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali:“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Selain itu.. ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya,  kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja. Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”


PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.
ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya,  bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

insha'allah itulah sedikit perkongsian yang ana dapat berikan. dan sama2lah kita bermujahadah dalam mengawal nafsu, jangan biarkan nafsu merajai kita kerana boleh jadi kita akan menjadi hambanya selama2nya tanpa muhajadah yg sesungguhnya. 
wallahu'alam...                                                    

credit from lawan hawa nafsumu> Genta rasa