Friday, August 5, 2011

akhirnya......

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung...

Insha'allah dan alhamdulillah hari ini adalah hari last ana praktikal di sini. Apa yang ana sangat gembira insha'allah malam esok ana akan bertolak pulang ke kampung halaman tercinta...:)

Insha'allah juga banyak ana belajar kat sini walaupun kadang-kadang ana rasa boring dan sakit hati..huhu.
kenapa sakit hat ea...sebab selalu jugak kena marah kat bos. tapi itu pelajaran sebenarnya..(yg tak betolnya orang lain yang terover2 marah..hrmm

My bos said LEARNING IS PROCESS....tersangat betul apa yang dia kata sebab tanpa proses kita takkan dapat pelajaran yang sebenar..dan untuk belajar sesuatu kita mesti ada cara dan prosesnya..

kenangan bersama at IDD Solutionnet company

Thursday, July 28, 2011

~~~AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK~~~~

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh....

Alhamdulillah dengan dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....

Pejam celik pejam celik dan dalam tidak sedar kita telah  menghampiri bulan ramadhan.  Jom kita kenali diri kita sendiri adakah bulan ini sangat-sangat kita tunggukan atau sebaliknya? Dan apakah persiapan dalam menghadapinya? Moga puasa tahun ini akan lebih bermakna dari puasa sebelom-sebelom ini kerana boleh jadi mungkin kali ini kita sempat bersamanya tetapi belum tentu untuk tahun akan akan datang.
Dalam Al-quran telah menjelaskan kewajipan kita berpuasa pada bulan ramadhan yang mana:

Wahai orang-orang yang beriman!Di wajib keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orangsebelum kamu agar kamu bertaqwa~al-baqarah:183.

Puasa yang sangat-sangat ana tunggu setelah sekian lama tidak berpuasa bersama keluarga tersayang. Dan boleh jadi puasa ini amat mencabar bagi ana.Moga  Allah kuatkan diri ana untuk harungi semua ini..ameeennnn...

Malam tadi ana ada mendengar tazkirah pasal bulan ramadhan dan insha’allah apa yang dengar ana ingin sharekan bersama kawan-kawan semua..untuk mendapat ketaqwaan pada bulan yang barakah ini insha’allah sama-samalah kita amalkan perkara di bawah ini...

  1. Qiam (yakni bangun malam untuk berdating dengan Allah)
  2. Selalu membaca al- quran dan memahami dengan mentadabbur setiap isi kandungannya.
  3. Banyakkan bersedekah
  4. Kurangkan makan supaya senang untuk kita solat pada malamnya..
  5. Banyakkan bersedekah
  6. Dan sentisa berkumpul dengan orang-orang soleh...

Insha’allah dengan sedikit perkongsian ana di atas dapat kita sama2 praktikkan nant. Bahkan juga bukan hanya untuk pada bulan ramadhan shaja tetapi juga adalah lebih baik andai kita parktikan dalam hidup 
seharian kita untuk menambah ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Wallahua’lam..


~~~AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK~~~~

Tuesday, July 19, 2011

Bekalan Dari Air Mata

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Tolonglah.. Janganlah Bersedih =D Mari Senyum
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139


Asbabul Nuzul 
Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu'min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada', bahawa hal yang serupa telah terjadi kepada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.
Allah berfirman bahawa di dalam al-Quran terdapat keterangan sejelas-jelasnya bagi umat manusia, juga tentang umat-umat yang dahulu. Di samping itu, ia adalah petunjuk dan pencegah dari segala perbuatan dosa dan ma'siat.
Allah swt. melarang hamba-hambaNya supaya tidak menjadi lemah dan sedih hati dengan penderitaan mereka dalam perang Uhud. Sebab kemenangan terakhir adalah bagi orang yang mu'min. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan memang demikianlah sunnah Allah yang menggilirkan kehancuran dan kejayaan di antara manusia.


Kaffarah dosa dan Peningkat darjat
Allah berfirman bahawa dengan penderitaan yang dialami dalam perang Uhud, Allah hendak membersihkan orang-orang yang beriman dari dosa-dosa mereka dan atau mengangkat darjat mereka sesuai dengan penderitaannya. Sedang orang-orang kafir akan dibinasakan, walaupun untuk sementara mereka memperolehi kemenangan.
Allah swt berfirman: Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu dicuba (uji) dengan berjihad di jalan Allah dan bersabar menghadapi musuh? Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


La Tahzan
 “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Inilah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Abu Bakar r.a. ketika mereka bersembunyi di dalam Gua Tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar r.a di dalam kegusaran diburui musuh.
Innallaha ma’ana.
Allah itu ada bersama kita.


Ucapan Musibah
Assalammualaikum wrt wbt..
Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia ;
"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (al-Baqarah 2:156)
Mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (al-Ra'ad 13:28) 
Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al- Baqarah 2: 286) 
InsyaAllah. Wallahua’lam





Wednesday, July 6, 2011

Aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..





Thursday, June 30, 2011

warna kegemaran rasulullah s.a.w

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....
Kali ini ana ingin postkan topic sunah Rasulullah S.A.W..warna kegemaran Baginda.Mayb ramai dah tahu..Alhamdulillah.Ni nak karang ayat ini susah juga bagi yang xberbakat ni.perlu diasah lagi.ermm teringat dialoq novel Kasidah-Kasidah Cinta "Ingin aku anyam setangkai syair tentang pertemuan ini tapi lidah kotorku tidak mampu mencipta bahasa yang indah, walaupun untuk telinga sendiri.Maafkanlah aku..."ermm kepada sesiapa yang belum baca bolehlah dapatkan di pasaran Novel Spiritual Pembangunan Iman.

Back to the topic,warna memang memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan."warna yang lembut atau cerah membuatkan sesuatu ruang yang kecil tampak luas.."


Tapi warna-warna yang ingin dibincangkan ni bukan semua warna-warna yg wujud didunia ni... banyak bangat kalau mau dibincangkan tapi warna-warna kegemaran Rasulullah S.A.W "Idola setiap mujahid maupun mujahidah Islam..iyakan???" Di antaranya warna Pink (Merah + putih atau merah jambu), putih dan hijau...

Banyak yang dibincangkan tentang warna kesukaan di internet,semuanya suka warna-warna ini dan semua mengikut sunah Rasulullah mencintai warna ini tapi sumber aslinya tidak dinyatakan dari hadith mana.Insyallah segala dengan bantuan Pemilik Nyawaku, Ya Rabbi ana dapat info ini dari blog"Taman Islamku"

Warna Pink
Kalau dilihat dunia yang canggih manggih ni, warna pink mesti dilabelkan pada gurl atau perempuan-baju,kasut,ape lagi,henset..erm sampai moto pon tempah warna pink...sungguh teruja dengan warna ini..

Alhamdulillah depa pon mengikuti jejak Rasulullah Insyaallah..bila lelaki pakai warna pink ni ade je mulut-mulut yang nak menembak ..Jauhi Mengumpat..lembut la.La Tahzan yang penting niat ikhlas kerana Allah..warna pink banyak dikaitkan dengan kasih sayang.Sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira " Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus...Kita sekarang ni kalau suami panggil "Si Comel" bukan isteri yang mai..kucing plak...huuuu
Dah banyak melalut ni... 


Dari abu juhaifah meriwayatkan maksudnya "Saya melihat Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian berwarna merah seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis beliau. Suffian berkata, hemat yg dimaksudkan dgn pakaian bwarna merah itu adalah hibarah.
(Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad) dari buku seribu seratus hadith terpilih karya dr muhammad faiz almath diterbitkan oleh penerbitan kintan sdn bhd sebagai rujukan.


Hibarah yang dimaksudkan ialah corak atau warna fesyen Bangsa Yaman pada ketika itu.
Hadith ini berlaku di luar Makkah, waktu tu Nabi dan para sahabat solat di sebuah khemah bewarna merah kemudian.. Bilal azan.. Rasulullah pun keluar dengan pakaian warna merah yg disebut oleh Abu Suffian sebagai hibarah Abu Suffian adalah seorang yang kaya, mungkin Abu Suffian sendiri ada pakaian yg berwarna spt hibarah yg dimaksudkan tu..tapi. isi hadith ini, topik pakaian Rasulullah bukanlah perbahasan utama..tetapi lebih banyak menyentuh perihal ibadah dan ketika itu cara Bilal melaungkan azan..

Warna Hijau

Warna ini banyak disamakan dengan tumbuh-tumbuhan."Bangun pagi-pagi tengok tumbuhan hijau dapat mencerahkan mata"Wallahualam...Hanya dengan Kuasa Maha Pencipta yang bisa melakukan....tapi tumbuh-tumbuhan hijau pagi-pagi memang segar kan...sejuk mata memandang..Subhanallah..

Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rahman ayat 64" Kedua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya" Ya Allah syurga yang diimpikan penuh dengan warna-warna Mu....

Abu Ramtsah meriwayatkan maksudnya "Saya pernah melihat Nabi S.A.W mengenakan 2 helai pakaian berwrna hijau.
(Riwayat Tirmizi,Nasai dan Ahmad) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W)karya Imam Tarmizi terbitan telaga biru.


Warna Putih

Kalau warna ni teringat jemaah-jemah haji kita ke Tanah Suci Mekah...bla tengok dalam tv semuanya berpakaian putih sujud kepada-NYA..erm..yang mai umah ana pas sembahyang raya Tok Imam dan Ustaz masjid semua berpakaian putih...Subhanallah sejuk nampak ruang tamu...hheheheh


Samurah bin Jundab meriwayatkn bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya "hendaklah kalian mengenakan pakaian berwrna putih.Sungguh pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lbh baik bagi kalian dan hendaknya kalian mengafani orang-orang yg meninggal dunia dgn kain kafan brwrna putih.
(Rwyt Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah,Abu Daud ath-Thayalisi,Baihaqi dan Hakim) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W) karya imam tarmizi terbitan telaga biru.




Moga dengan ini kita dapat menjejaki lagi sunah-sunah Rasulullah S.A.W seperti adab ketika makan.Kenapa Rasulullah S.A.W guna tangan ketika makan tak guna sudu?? kalau diikutkan orang yang tak mampu nak guna apa kalau Baginda guna sudu..mana nak cari sudu cap besi ke plastik ke...Subhanallah..Allah Maha Bijaksana.Banyak lagi yang oleh kita praktikkan dalam kehidupan dengan sunah-sunah Baginda....



Ps: mungkin saya bukan seorang yang pandai dalam berkata2. Ya memang kita kena ada hadis sahih untuk menyakinkan setiap perkataan yang kita ucap. Dan di harap setiap hadis yang dinyatakan dapat menyakinkan lagi kita bahawa warna pink adalah salah satu warna kesukaan Rasulullah saw.

Saya akan cuba perbaiki diri yang lemah ini..
Ingatlah tak salah mengaku salah andai betol kalimah kita salah...sebaliknya belajarlah untuk berkata betol dan perbaikilah yang salah itu dengan berhikmah..
ps2: insha'allah sebarang teguran akan ana terima dengan hati terbuka.tetapi ingatlah teguran yang berhikmah itu adalah cara nabi kita..:)
ps3: credit from taman islamku blog

Monday, June 27, 2011

mampukah kita?

Di saat kesusahan, cubalah untuk tersenyum

Bukan kerana kita gila

Tetapi kerana kita tahu, Allah sedang menguji kita

Untuk kita atasi ujian itu

Kerana Allah mahu kita jadi kuat

Walau apapun bentuk rintangan yang datang...

Biarpun daripada luar mahupun dalam diri sendiri...

Kita mampu atasinya

dan pasti, ujian itu kita akan mampu kita tempuhi...

la yukallifullah nafsan illa wus'aha...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

[Q.S. Al-Baqarah, 2:286]

ps: ana kalau tidak senyum agak serius riak mukanya, so jagnlah mudah mganggap ana sombong ea...:) peace!
ps2: dipetik kata2 dari shoutul ikhwah blog

Wednesday, June 22, 2011

MALU tak BERTEMPAT..perempuan sekarang malu keluar berjalan-jalan untuk pakai baju kurung...?? k0lot sgt ke?

Situasi 1
A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”

Situasi 2
A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”
B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3
A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”
B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4
A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”
B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”
A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5
A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6
B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7
A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]






ps: nukilan siti fatimah