Alhamdulillah dengan Nikmat yang tidak terhitung….
Tuhanku Ku yakin Engkau tidak akan menguji diri ini melainkan engkau yakin aku boleh tempuhinya…
Bagiku ini bukanlah ujian yang paling besar yang penah kau timpakan.. ujian lain bagiku itu lebih mencabar dan agak menyakitkan untuk aku tempuh..tapi Alhamdulillah…engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu itu…
Ku akan bertanggungjawab atas masalah kewangan adik2ku..even ak terpaksa berlapar ku sanggup asalkan adik2 kesayanganku tidak seperti ku…
Buat adikku jgnlah kamu mengeluh atas ujian ini..sungguh semua ini ada sebab Allah hadirkan pada family kita.
Ku harap dengan ujian ini, aku akan jadi lebih matang, berjimat cermat, dan paling penting kesabaran dalam menahan nafsu untuk berkeinginan kepada apa yang ku inginkan yang mana tidak ku mampu dapat sekarang..(yg pasti yg ni ak tewas-dpt beli beg kegemaran..^^)
PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN
ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.
ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya ( Al-Imran ayat 1 -6).
Buat pembaca sekalian, entry ini bukanlah untuk menagih simpati atau menyentuh hati sesiapa tapi untuk sekadar berkongsi sambil memperingati dengan pengalaman hidup ana sekarang bahawa setiap apa yang Allah bagi itu ada asbabnya dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.
Sungguh Dia tidak bagi apa yang kita mahu tetapi Dia bagi apa yang kita perlu..Subhanallah
Ps: siha,adik dan diriku sendiri jgn pernah mengeluh..Yakinlah akan bantuan Dia, yang mana mungkin akan datang tanpa kita sedari..
Ps2: hangpa blaja rajin2 na..ingatlah pengorbanan ma ngan cek kita..^^. Nant bape tahun lage kita semua akn grad n bolehlah bantu parents kita pulak..Amennn..







