Monday, February 14, 2011

14hb Februari

pasti setiap pasangan kekasih tidak akan melupakan tarikh keramat ini.. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih di anggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Simbol-simbol penting ....

1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.

2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual” orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia dikenali sebagai Festival Kekasih.

3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom. "Maha Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap Allah".

4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.

5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai. 

Sebagai seorang Islam, kita pasti sudah tawu hukum sambutan Hari Valentine`s nie adalah haram... Tapi menjelangnya 14hb February ada juga yang menyambutnya..  

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

SEBENARNYA....Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.



ps : maulud nabi or valentine day??? pilihan terletak ditangan kita yang berlandaskan iman..

No comments: