Assalamualaikum..
Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tak terhitung..
22/10/11. inilah tarikh bersejarah untuk umat islam pada hari ini dan insha'allah dengan bermulanya adegan ini maka bermulalah satu usaha untuk memebaiki ummat islam di Malaysia kini.
tidak dapat disangkalkan ramai yang menolak HIMPUN dengan memberi persepsi yang buruk,luahan hati yang tidak berpuas hati dan sebagainya. TAPI! biarlah orang berkata demikian but NOT me..
Alhamdulillah tidak disangka-sangka yang dirancang hanya beberapa buah bas only untuk Unimap. oleh kerana mendapat sambutan yang meluas maka bilangan bas perlu dipertambahkan dan oleh sebab juga pihak universiti tidak memberi support untuk ke sana maka kami gunalah dana dari jemaah sendiri. Ujian lagi sebab dana yang diperlukan tidak mencukupi untuk menampung transport ke sana makanya terpaksalah yuran dikenakan pada setiap peserta 10ringgit.
Ada apa pada 10ringgit jika dibandingkan dengan pahala pengorbanan kita demi islam? TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA...
Sedih pada saat-saat akhir ramai yang menarik diri dan harapnya janganlah disebabkan perkara diatas..[still fikir positive walaupun dapat rasakan itulah salah satu sebabnya. ampunkan hambamu ini Allah.. :( ]
Sungguh kita hanya mampu merancang itu dan ini dan Dialah yang sebenarnya maha tahu untuk segala-galanya.Tidak mengapa dan ku bersyukur kerana menjadi salah seorang dari yang terpilih untuk ke sana.
Jam 12.30am jangkaan untuk bergerak. Dengan penuh rasa excited ku menunggu dan menunggu tetapi dukacita bila dimaklumkan bas terkandas kerana mengalami kerosakan. Oleh sebab itu, maka sekumpulan jemaah dari S4 setia menanti dan terus menanti..
Terharu melihat sahabat-sahabat yang berkobar semangatnya demi ISLAM. keletihan dan muka yang sangat mengantuk jelas terpancar di wajah kalian.. tetapi masih setia menunggu. Dengan perasaan yang bersalah dan kesian ku tidak mampu tidur lelap menanti kedatangan bas yang tidak muncul-muncul. Tenang melihat sahabat-sahabat tidur kepenatan menunggu bas datang even ku tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini.
Alhamdulillah tepat jam 4.00am kitaorang bergerak untuk ke destinasi yang ditunggu-tungu.
Tetapi Allah masih ingin menguji keikhlasan kita teman. Akibat itu (bas rosak) kitaorang terpaksa lagi menunggu selama lebih kurang 2jam lamanya.
Kitaorang mulakan gerakan balik selepas subuhnya. Dan pergerakan dimulakan dengan bacaan doa moga Allah permudahkan urusan kita buat kali ini..dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sehinggalah kami sampai ke destinasi yang ditunggu-tungu.
Gembira melihat muka sahabat-sahabat yang masih lagi kuat semangat walau tercalit sedikit muka kepenatan.
Moga Allah menilai setiap pengorbanan kalian semua...aminnn..
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " Muhammad: 7
Inilah janji Allah buat kita yang tidak berkira-kira dengan agama Allah..insha'allah moga kita tergolong dalam kalangan yang ikhlas demi agama ISLAM yang tercinta!
No comments:
Post a Comment