Wednesday, November 2, 2011

Dia buah hatiku....

I always miss him...

never forget for him...

always prays for him...
to become strong and more strong to face the challenge world...

dialah pengubat di kala sunyi...

buah hatiku, ma, cek, his ummi and semualah...

gelagatnya yang hiper aktif kadang2 membuatkanku 'hot' tapi ku ada cara atasi dirinya..:)

ku berdoa dan mohon padamu Robbb..

semoga dia menjadi anak yang soleh yang bisa menjadi seorang khalifah untuk umat akhir zaman ini..

semoga dirinya kuat hadapai liku-liku hidup ini dengan tabah tanpa abinya disisi..

ini ujian buatnya....

dikala kawan-kawanya bermanja dengan abi masing-masing tapi asing baginya perkataan itu..perasaan itu...oh kuatlah sayang...

walaupun dikau tidak mengerti kini tapi pasti kau akan mengerti suatu hari nanit..dan bila tiba saat itu ku harap dikau tidak akan berkecil hati dengan qada' dan qadar Allah..yakinlah Dia ingin mengurniakan abi yang lebih baik untukmu...

buatmu sayang..ingatlah kami sentiasa menyanyangi dirimu kerana engakaulah buah hati kami..

tunggu kepulanganku...nanti kita tengok ipin upin sama-sama and blaja ABC ALIF BA TA sama-sama k...
love u MUHAMMAD FARIS HAIKAL!






Wednesday, October 26, 2011

Ikhtilat lelaki dan wanita

Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya?Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah
yang bermaksud; Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.

Apakah ikhtilat itu haram?Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: "ikhtilat".

Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
Istilah SyariatYang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percarnpuran wanita dengan
lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram,
bukan harus.Percampuran yang diharamkan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah' ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh
dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki
yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk baginda (SAW)

.6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki
ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat¬kan bahawa Rasulullah (s.a.w.)keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanitaWalaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalarn pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalarn pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu rnengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam.
Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

 Adab yang perlu dijaga oleh telaki dan perempuan.


•             Ucapan yang makruf dan sopan.Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

•             Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

•             Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan
daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.• Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

•             Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)2. Adab khas untuk wanitaâ

•             Iltizam dengan pakaian Islam,Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

•             Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan
(melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

•             Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.Wanita di atas pentasDaripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat¬-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam. 


Wallahua'lam.



FiQH SEMASA
Oleh: Abdullah Zaik Abd Rahman
Pengarah Pusat Penyelidikan llmu-Ilmu Islam


say NO to COUPLE!


Sunday, October 23, 2011

Hari ini dalam sejarah- HIMPUN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tak terhitung..

22/10/11. inilah tarikh bersejarah untuk umat islam pada hari ini dan insha'allah dengan bermulanya adegan ini maka bermulalah satu usaha untuk memebaiki ummat islam di Malaysia kini.

tidak dapat disangkalkan ramai yang menolak HIMPUN dengan memberi persepsi yang buruk,luahan hati yang tidak berpuas hati dan sebagainya. TAPI! biarlah orang berkata demikian but NOT me..

Alhamdulillah tidak disangka-sangka yang dirancang hanya beberapa buah bas only untuk Unimap. oleh kerana mendapat sambutan yang meluas maka bilangan bas perlu dipertambahkan dan oleh sebab juga pihak universiti tidak memberi support untuk ke sana maka kami gunalah dana dari jemaah sendiri. Ujian lagi sebab dana yang diperlukan tidak mencukupi untuk menampung transport ke sana makanya terpaksalah yuran dikenakan pada setiap peserta 10ringgit.

Ada apa pada 10ringgit jika dibandingkan dengan pahala pengorbanan kita demi islam? TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA...

Sedih pada saat-saat akhir ramai yang menarik diri dan harapnya janganlah disebabkan perkara diatas..[still fikir positive walaupun dapat rasakan itulah salah satu sebabnya. ampunkan hambamu ini Allah.. :( ]

Sungguh kita hanya mampu merancang itu dan ini dan Dialah yang sebenarnya maha tahu untuk segala-galanya.Tidak mengapa dan ku bersyukur kerana menjadi salah seorang dari yang terpilih untuk ke sana.

Jam 12.30am jangkaan untuk bergerak. Dengan penuh rasa excited ku menunggu dan menunggu tetapi dukacita bila dimaklumkan bas terkandas kerana mengalami kerosakan. Oleh sebab itu, maka sekumpulan jemaah dari S4 setia menanti dan terus menanti..

Terharu melihat sahabat-sahabat yang berkobar semangatnya demi ISLAM. keletihan dan muka yang sangat mengantuk jelas terpancar di wajah kalian.. tetapi masih setia menunggu. Dengan perasaan yang  bersalah dan kesian ku tidak mampu tidur lelap menanti kedatangan bas yang tidak muncul-muncul. Tenang melihat sahabat-sahabat tidur kepenatan menunggu bas datang even ku tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini.

Alhamdulillah tepat jam 4.00am kitaorang bergerak untuk ke destinasi yang ditunggu-tungu.
Tetapi Allah masih ingin menguji keikhlasan kita teman. Akibat itu (bas rosak) kitaorang terpaksa lagi menunggu selama lebih kurang 2jam lamanya.

Kitaorang mulakan gerakan balik selepas subuhnya. Dan pergerakan dimulakan dengan bacaan doa moga Allah permudahkan urusan kita buat kali ini..dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sehinggalah kami sampai ke destinasi yang ditunggu-tungu.

Gembira melihat muka sahabat-sahabat yang masih lagi kuat semangat walau tercalit sedikit muka kepenatan.
Moga Allah menilai setiap pengorbanan kalian semua...aminnn..

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " Muhammad: 7


Inilah janji Allah buat kita yang tidak berkira-kira dengan agama Allah..insha'allah moga kita tergolong dalam kalangan yang ikhlas demi agama ISLAM yang tercinta!

Monday, October 17, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT!




Rentetan peristiwa murtad mutakhir ini amat menggerunkan umat islam yang prihatin.

Di sana kedengaran gadis Islam dilarikan untuk memurtadkannya, dia dilarikan dari rumah ibubapanya sendiri dan ada juga seorang gadis menendang bapanya kerana telah menghalangnya dia berkahwin dengan jejaka idamannya yang bukan Islam dan kedapatan enam pemuda Melayu diKristiankan disekolah tanahair dan dilantik menjadi paderi. Ini diantara kes-kes murtad di Malaysia.

Cuba kita bayangkan 3000 umat Islam murtad di ibu kota, seikiranya setiap orang berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang anak. Maka tidak mustahil sepuluh tahun lagi 18,000 melayu Kristian akan bermastautin di ibu kota. Sekiranya 10,000 orang melayu murtad di seluruh Malaysia berapakah bilangan Melayu kafir sepuluh tahun lagi?

Apa tunggu lagi!? Jom HIMPUN!

HIMPUN disokong oleh antara lain, Pimpinan Majlis Ugama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ACCIN, TERAS, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pimpinan Parti Politik antaranya ahli dari Pemuda PAS, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit dan Persatuan Bekas Anggota Polis, Gabungan Persatuan Silat, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, gerakan-gerakan belia, gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam serta wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam.

HIMPUN ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa umat Islam di negara ini adalah umat yang berdaulat dan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, PEMBINA Perlis + NGO Perlis akan mengambil inisiatif membawa seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta muslimin dan muslimat yang berminat untuk ke program berkenaan.

Bas akan disediakan untuk pelajar UniMAP.  PERCUMA!! =)

Bertolak dari Perlis pagi Sabtu (22 Okt 2011)
Bertolak pulang dari Shah Alam sekitar 7.00 malam hari yang sama.
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berminat untuk menyertai HIMPUN? DAFTAR SEKARANG untuk confirmation bas !
Boleh HUBUNGI: (SMS: Nama + No. IC + No Tel)

1)Mohd Hilman bin Mohd Akil Tan (016-3784508)
2)Nur Salwana binti Ismail Muslim (013-5190236)


Maklumat lanjut, layari  http://www.himpun.org/

SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM! AYUHHHHHHH!!


ps: mohon sebarkan! :)

Saturday, October 15, 2011

THALHAH BIN UBAIDILLAH RA - SI DERMAWAN

Pribadi yang Pemurah dan Dermawan
Kemurahan dan kedermawanan Thalhah bin Ubaidillah ra.patut kita contoh dan kita teladani. Dalam hidupnya ia mempunyai tujuan utama yaitu bermurah dalam pengorbanan jiwa. Thalhah  ra. merupakan salah seorang dari delapan orang yang pertama masuk Islam, dimana pada saat itu orang bernilai seribu orang. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Janjinya selalu tepat. Ia juga dikenal sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi berkhianat. Thalhah masuk Islam melalui anak pamannya, Abu bakar As sidiq Ra.

Awal Masuk Islam
Dengan disertai Abu bakar Assiddiq, Thalhah ra. pergi menemui Rasulullah SAW. Setelah berhasil jumpa dengan Rasulullah SAW, Thalhah mengungkapkan niatnya hendak ikut memeluk Dinul haq, Islam. Maka Rasulullah SAW menyuruhnya mengucapkan dua kalimat syahadat. Setelah menyatakan keislamannya di hadapan Muhammad SAW, Thalhah dan Abu bakar Ra pun pergi. Tapi ditengah jalan mereka dicegat oleh Nofel bin Khuwailid yang dikenal dengan "Singa Quraisy", yang terkenal kejam dan bengis. Nofel kemudian memanggil gerombolannya untuk menangkap mereka. Ternyata Thalhah dan Abubakar tidak hanya ditangkap saja. Mereka diikat dalam satu tambang lalu dipukuli. Semua itu dilakukan Nofel sebagai siksaan atas keislaman Thalhah ra. Oleh karena itu Thalhah dan Abubakar Ra dijuluki "Alqorinan" atau "dua serangkai". Thalhah adalah seorang lelaki yang gagah berani, tidak takut menghadapi kesulitan, kesakitan dan segala macam ujian lainnya. Ia seorang yang kokoh mempertahankan pendirian meskipun ketika jaman jahiliah.

Pengorbanan Thalhah kepada Rasulullah SAW
Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abubakar Ra selalu teringat pada Thalhah ra. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah ra. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus." Diceritakan ketika tentara Muslim terdesak mundur dan Rasulullah SAW dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai kesetanan merangsek maju untuk melumat tentara muslim dan Rasulullah SAW, terbayang di pikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong dengan sadis. Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah SAW. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan mengkilat, mereka terus mencari Rasulullah SAW. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah SAW, melindungi dengan tubuhnya dengan daya upaya, mereka rela terkena sabetan, tikaman pedang dan anak panah. Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah saw.". Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi SAW adalah Thalhah ra. Ia berperawakan tinggi kekar. Ia ayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah saw. yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya Beliau dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya ia ayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai laron yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah saw. selamat.
Thalhah memang merupakan salah satu pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud. Ia siap berkorban demi membela Nabi SAW. Ia memang patut ditempatkan pada barisan depan karena ALLAH menganugrahkan kepada dirinya tubuh kuat dan kekar, keimanan yang teguh dan keikhlasan pada agama ALLAH. Akhirnya kaum musyrikin pergi meninggalkan medan perang. Mereka mengira Rasulullah SAW telah tewas. Alhamdulillah, Rasulullah saw. selamat walaupun dalam keadaan menderita luka-luka. Baginda dipapah oleh Thalhah menaiki bukit yang ada di ujung medan pertempuran. Tangan, tubuh dan kakinya diciumi oleh Thalhah, seraya berkata, "Aku tebus engkau Ya Rasulullah saw. dengan ayah ibuku." Nabi SAW tersenyum dan berkata, " Engkau adalah Thalhah kebajikan." Di hadapan para sahabat Nabi SAW bersabda, " Keharusan bagi Thalhah adalah memperoleh ...." Yang dimaksud nabi SAW adalah memperoleh surga. Sejak peristiwa Uhud itulah Thalhah mendapat julukan "Burung elang hari Uhud."

Thalhah Yang Dermawan
Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Istrinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari istrinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang istri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah mejawab, " Uang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka istrinya berkata, "Uang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin." Maka dibagi-bagikannyalah seluruh uang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sepeserpun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang, sandang dan pangannya." Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan".

Wafatnya Thalhah
Sewaktu terjadi pertempuran "Aljamal", Thalhah (di pihak lain) bertemu dengan Ali Ra dan Ali Ra memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tak berapa lama kemudian karena lukanya yang cukup dalam ia wafat. Thalhah wafat pada usia enam puluh tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basra. Rasulullah saw. pernah berkata kepada para sahabat Ra, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan diatas bumi maka lihatlah Thalhah ra. Hal itu juga dikatakan ALLAH dalam firmanNya : "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya." (Al-Ahzaab: 23)

Monday, October 10, 2011

-istiqhomah-

Aku jauh merenung,
Bicara yang kadang melelahkan,
Ujian yang hadir ibarat air hujan yang menderu lebat,
Terus membasahi segenap sudut hidup ini,
Hingga layar pengharapan, terkadang goyah juga,
Hingga hati selalu berbisik perlahan,
Bersabar dan teruskan berharap wahai diri.
Bersabar dan berharap wahai diri
Aku cuba berfikir logik,
Rasa seperti semuanya mustahil,
Rasa seperti esok tidak mungkin elok,
Rasa ini semua tidak mungkin,
Tapi siapa engkau wahai diri,
Untuk cuba melakar esok,
Yang menjadi milik yang Maha Tahu dan Kuasa
Tidakkah ia bisa sempurna dengan kekuatanNya?
Aku mendongak ke langit,
Aku menghayati diatas,
Perlahan bisikku, Luar biasa yang Maha Kuasa,
Perlahan hatiku menyapa, aku tahu Engkau ada disini,
Aku tahu Engkau mendengar,
Tahu juga Engkau Melihat,
Yakin jugaEengkau Mengetahui,
Hingga aku tidak goyah dengan tahu dan yakin ini.
Hari esok,
Satu persoalan yang rumit difikiran,
Bertatih sambil mengharap,
Mungkin ini gerak bicara pasti,
Kerana ujian sebuah kenikmatan,
Kifarah dosa dan tarbiyyah rabbi,
Namun tenang wahai hati,
Sepastinya engkau tidak berseorangan,
Ada Allah dibelakangmu,
Darahmu untuk jalanNya,
Tidak mungkin jatuh rugi ke bumi,
Maka,
Apakah ujian ini megubah pendirianmu?
Hatiku dengan yakin berbisik,
Tidak!
Mana mungkin aku goyah,
Istiqomah adalah pakaian aku,
Jiwa harta dan segalanya aku siap untukMu,
Gunakan aku untuk menangkan agamaMu !
Maka berikan aku yang terbaik ya Rabbi !

Saturday, October 1, 2011

Shabab - Perjuangan hidup yang sebenar

Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tidak terhitung....

MUQADDIMAH
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: ''Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: ''Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.'' (Al-Kahf : 13 - 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.

Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi'ie (realiti) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama'i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.


Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut 'ketika mana mereka berdiri'.

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa'idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan. 


Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).

Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..

-Imam Hasan Al-Basri-"