Friday, April 8, 2011

~cinta tarbiyah~

Bismilllahirrahmanirrahim..


firstly, gapo gak tarbiyah tu?


“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
 

mungkin agak sukar untuk memahami maksud di atas kan..begitu jugalah saya pom almaklumlah orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia tarbiyah ni memang susah nak paham dengan sekali baca kan..ok  jom kita baca takrif tarbiyah yang lain


Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.

Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi. 


haa..nampak jelas disitu kan? ape? masih samar-samar?..ok untuk lebih senang mai kita tengok takrif yang simple dan menyenangkan..

Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
 

Dan insha'allah dengan tiga definisi TARBIYAH di atas harap kita jelas tentangnya. tetapi apa yang sy hendak koreksi di sini adalah adakah tarbiyah yang kita lalui sekarng sudah betol-betol meresap dalam hati kita..

Dan alhamdulillah dan insha'allah sedikit sebanyak ku dapat merasai tarbiyah yang yang dipraktik sehingga sekarang. sesunguhnya sungguh manis jika kita betol-betol dapat merasai nikmatcinta tarbiyah itu sendiri.

Syukur ke hadrat Allah subhanahu Taala kerana telah pertemukan ku dalam dunia tarbiyah yang mana sedikit sebanyak sesungguhya telah merubah diriku yang jahil dahulu sehingga mungkin lebih baik dari sebelom ni.

Dan insha'allah juga dengan ilmu yang ku ada sekarang akan ku kongsi-kongsi dan saling mengingati antara satu sama lain kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan yang tidak dikongsi itu ibarat air sungai yang tidak mengalir dan lama kelamaan air sungai itu akn jadi keruh dan tercemar yakni ilmu yg tidak dikongsi itu lama kelamaan akan hilang dari ingatan kita, tetapi sebaliknya pula, yang mana ilmu yg sentiasa disampai-sampaikan kepada org lain ibarat air sungai yang mengalir yang mana bukan sahaja bermanfaat kepada org lain bahkan ilmu itu akan sentisa segar dalam ingatan kita kerana selalu merefresh akannya..

Akhir kalam, ingin sy kongsikan yang mana tanpa kita sedari atau tidak sesungguhnya hidayah Allah itu sentiasa menyapa kita tetapi oleh disebabkan kurang kesungguhan untuk menilai kehadirannya maka hidayah itu hanya melintasi kita dengan hembusan angin. Dan sesungguhnya andai kita menyedari itu adalah suatu hidayah yang mungkin Allah ingin kurniakan pada kita maka grablah! ambillah! kerana org yang mensia2kan kebaikan adalah orang yang sgt2 rugi..wallahua'alam bissawab..





No comments: