Friday, April 22, 2011

I had done mistake already~huhu~

"ukhti, igtlah Allah sentiasa bersama kte..walaupn byk rintangan yg perlu kte susuri, redahi @ harungi d dlm jln dakwah ini, kte harus tabah & kuatkn semangat..jgn berputus asa..bykkan berdoa & moga kte smua trus thabat di jalan dakwah ini.."RABBANA YASSIR WALA TU'ASSIR"


“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.


Terima kasih kepada ukhti zahra kerana telah mengingatkan ana, yang mana Dialah memberi kita ujian ini dan Dia jualah akan memberi kemudahan terhadap apa yang Dia timpakan. sesungguhnya ana berasa tersangat lemah di kala diri diuji. tetapi dengan kalimah ini membuatkan ana berasa mendapat sedikit kekuatan dan keyakinan terhadap apa yang ana lalui sekarang.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah:286"
Benarlah, sesungguhnya jika dibandingkan dengan pelbagai ujian yang ditimpa rasul kita Nabi Muhammd s.a.w dalm proses pendakwahan baginda, tidak tertanding dengan kita yang hanya cuma sedikit jika dibandingkan.
Ana salah kerana tidak meletakkan sepenuhnya pertolongan ana terhadap Maha Khaliq. ana alpa dan sering terjurus ke arah negatif walaupom ana cuba untuk berfikiran positive. Ana salah kerana pahaman ana selama ini silap dan memang silap. ana ingat dengan cara ana bawa sekarang adalah betol tetapi ia merumitkan. Tidaklah ana mengatakan salah tetapi sepatutnya juga ana tidak terlalu open dengan menceritakan masalah ini kepada orang lain kerana yang berhak mendengar dan sebenarnya adalah DIA....
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Alhamdulillah, dan insha'allah ana sekarang dalam proses membaiki diri dan diharapkan kepada kawan-kawan yang pernah terasa dengan diri ana harap diampunkan. Ya mungkin ini salah ana dan jikalau salah sahabat sekalipom ana sudah lama memafkan..


“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

Insha'allah...ameenn ya Robbal alamin... 



ps: kepada sahabat2 yang sudi mendengar luahan ana jazakumullah dan insha'allah setiap kata2 semangat dan nasihat akan ana ingat dan praktikkan dalam diri ana.
ps: ana seorang insan yang sangat lemah. oleh itu teguran dan bimbangan kawan2 semua diperlukan untuk membaiki lagi diri ini..

No comments: