Monday, March 7, 2011

Nafsu kita....

itulah nafsu. walaupom sangat merosakkan tetapi sanagt kita sukai. apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan akan dilihat baik. malah orang yang terlalu mengikut hawa nafsunya akan menjadi hamba kepada apa yang dicintai.

Peringkat-peringkat nafsu

ulama' tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat. ada yang memebahagikan kepada tujuh bahagian, empat bahagian dan tiga bahagian. antara peringkat nafsu dan ciri-cirinya seperti berikut....

1.Nafsu Ammarah

Ammarah ertinya sangat mengajak kita kepada kejahatan. dan inilah merupakan tahap nafsu yang paling jahat dan hina. firman Allah:

"...sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan" 12:53

sesungguhnya orang yang bernafsu ammarah ialah orang yamg berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. dia merasa seronok dengan maksiat yang dilakukan bahkan mengajak org lain dengan menyebarkan kemungkaran yang telah dilakukan, malah berusaha melahirkan 'kader' yang boleh meneruskan kemungkaran itu. golongan ini juga sangat menentang kearah kebaikan malah sering menjadi batu api untuk memastikan umat islamtidak bersatu. nauzubillah. dan sesungguhnya neraka adalah tempatnya jika tidak bertaubat.

2. Nafsu Lawwamah

lawwamah bererti nafsu yang mencela. orang yang mempunyai nafsu ini seringkali menyedari dia sering terlibat dengan dosa. ia menyesal akan dosa-dosanya itu dan mencela dirinya sendiri. firman Allah:

" Aku bersumpah dengan nafsu yang yang amat mencela kejahatan." 75:2

namun ketika berbuat dosa, ia terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikir akibatnya.hanya setelah selesai melaukannya barulah timbul penyesalan.

dan nauzubillah org yang yang punyai nafsu ini apabila melakukan kebaikan, dia mudah dihinggapi rasa riyak dan ujub( yani bangga diri). dirasakan dirinya sudah baik disisi Allah.

berbeza dengan nafsu ammarah, mereka tidak merasa bangga dengan dosa yang dilakukan dan tidak pula mengajak orng melakukan dosa tersebut bersamanya. mereka ini mudah ditegur. pada masa yang sama juga mereka ini sangat suka pergi ke majlis agama. hatinya mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah., cuma sangat rapuh apabila digoda maksiat..dan kedudukan orang yang bernafsu lawwamah ini masih tidak selamat..

3. Nafsu Mulhamah

dipendekkan cerita org yang bernafsu mulhamah inimsudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik. firman Allah:

" diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan." 91:5

orang yang berada di tahap ini sudah mampu meninggalakan tahap nafsu lawwamah. dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha membaiki diri ke arah kebaikan dan keredhaan. dia tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya.
sebagai penyelesaian dia buakn sahaja mencari jalan untukperbaiki diri, dia juga berusaha menutup peluang untuk terjebak dalam perbuatan maksiat. kawan,suasana keadaan yang boleh membawa kepada dosa yang dihindarinya. walau bagaimanapom nafsunya belum stabil.

4. Nafsu Mutmainnah

inilah nafsu yang diperoleh oleh sesorg hasil mujahadah( melawan nafsu) dan riyadah al-nafs( latihan diri) secara istiqamah. hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan. dia buakan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. apa sahaj ujian Allah, sama ada nikmat ataupom musibah mampu diahdapinya dengan sabar dan redha.

Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. firman Allah:

" Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan." 89:27

inilah peringkat nafsu yang dimiliki oleh salafus soleh yang menyebabkan mereka bukan sahaja berjaya mengalahkan musuh lahir malah musuh batin(yakni syaitandan hawa nafsu) juga dapat ditewaskan.


wallahua'alam...

ps: sumber solusi
ps2: kuasai nafsu, kuasai dunia...
Ya Allah jauhilah daku dari nafsu yang mencela..ameenn

No comments: