Wednesday, March 30, 2011

again...PERLIS dilanda banjir???

alkisahnya bermula dari mingggu ini yang sekejap hujan sekejap benti..n alkisahnya lagi dua hari ni hujan turun tak henti2 hingga menyebabkan Perlis sekali lagi dalam keadaan kritis. Info terkini seramai 416 rakyat perlis telah dipindahkan ke beberapa pusat permindahan...dan dijangkakan juga mungkin bilangan ini akan bertambah.

Setelah kejadian banjir besar yang berlaku sem lepas ingat Perlis dah aman dari banjir..tetapi Allah itu maha berkuasa. jika Dia berkata 'kun fayakun' jadi! maka jadilah...

Berkuasanya Dia tiada tandingan..sedarkah kita mungkin ini teguran kali kedua dari Allah untuk rakyat Perlis sebenarnya yang mana boleh jadi kita tersangat leka dengan duniawi sekarang sehingga melupakan adab2 yang perlu kita jaga di atas muka bumi yang diberi pinjam ini..adakah ini juga suatu bentuk bala yg ingin Dia sampaikan???

Persoalannya kenapa Allah swt menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah swt.


Kita amat berharap agar bala yang ditimpakan tidak berulang lagi dari semasa ke semasa. Hakikatnya ramai manusia yang tidak langsung mengambil Iktibar dari peristiwa bala tersebut. Sebahagian manusia masih meneruskan aktiviti keseronokan dunia mereka tanpa memikirkan persoalan hidup dan mati, dosa dan pahala, syurga mahupun neraka. Mungkin mereka ini hanya akan sedar apabila di soal oleh para malaikat di alam kubur tentang amalan silam yang mereka lakukan semasa masih hidup di dunia. huhu...tenatnya dunia sekarang..

contoh bala Allah yang pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:


"….Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi….".



15 PERKARA MENGUNDANG BALA ALLAH


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.     Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.     Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak derhaka terhadap ibunya,
6.     Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.     Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.     Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.   Para artis-artis disanjung-sanjung
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).



ps: moga manusia sekarang akan lebih berfikir dengan teguran Allah ini.~.muhasabah bersama~
ps2: insha'allah malam nanti ada solat hajat untuk tolak bala' selepas kuliyah maghrib ustaz nazim..
sumber: http://reformismuda.blogspot.com

No comments: