02.Dimulakan dengan memuji allah kemudian diikuti dengan salawat ke atas nabi saw dan mengakhiri doa dengannya juga.
03. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh allah.
04.Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.
05.Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal kepda perkara lain)
06.Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah.
07.Tidak meminta kecuali kepada allah yang maha esa.
08.Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak, atau ke atas diri sendiri.
09.Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak.
10.Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan allah tersebut.
11.Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah)
12.Bersifat merendah diri, khusyu’, mengharap dan gerun terhadap allah.
13.Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat.
14.Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali
.
15.Mengadap kiblat.
16.Mengangkat dua tangan ketika berdoa.
17.Berwudhu’ sekiranya mudah berbuat demikian.
18.Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar allah perkenankan)
19.Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
20.Bertawassul dengan nama-nama allah (asma ul-husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dialkukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang masih hidup.
21.Memastikan makanan, minuman dan pakain dari sumber yang halal.
22.Melaksanakan peranan amar ma’ruf dan nahi munkar.
23.Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat, zahir dan batin.
WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
01. Malam Lailatul Qadar
02. Bahagian malam yang terakhir.
03. Selepas solat lima waktu
04. Masa waktu azan dan iqamah
05. Satu waktu setiap malam
06. Ketika azan untuk solat
07. Ketika hujan turun
08. Ketika mempersiapkan barisan untuk jihad fisabilillah
09. Satu waktu di hari Jumaat, pendapat yang paling tepat ialah di akhir waktu asar pada hari Jumaat atau ketika khutbah dan solat Jumaat
10. Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik
11. Ketika sujud
12. Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang makthur
13. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa
14. Ketika berdoa
15. Doa manusia di sisi orang yang seedang nazaak
16. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir
17. Ketika berdoa dengan menyebut nama Allah Yang Maha Agong
18. Doa seseorang terhadap saudaranya yang tiada disisinya.(ghaib)
19. Doa pada hari Arafah diarafah
20. Doa sepanjang bulan Ramadhan
21. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis zikir.
22. Doa ketika ditimpa musibah
23. Doa yang penuh dengan pertautan hati dengan Allah dan dengan penuh keikhlasan
24. Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya.
25. Doa ayah untuk anak atau doa anak untuk ayahnya.
26. Doa orang yang sedang musafir
27. Doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka
28. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka
29. Doa orang yang terdesak atau terpaksa
30. Doa pemimpin yang adil
31. Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya.
32. Doa ketika berwudhu’ dengan doa yang makthur mengenainya.
33. Doa selepas melontar jumrah as-Sughra
34. Doa selepas melontar jumrah al-Wustha
35. Doa ketika berada dalam kaabah
36. Doa ketika berada di Safa
37. Doa ketika berada di Marwah
38. Doa ketika berada di Mashh’aril Haram.
sumber: al-azim.com/~beringin/agama/adabdoa.htm


No comments:
Post a Comment